in

“Itu prosedur biasa” – Polis Jawab Dakwaan Wujud Layanan ‘Double Standard’ Kes Pegawai Langgar Pelajar

Pegawai Polis Layanan Double Standard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pagi tadi, ramai menanti perkembangan baharu mengenai kes seorang pegawai kanan polis yang didakwa membunuh pelajar lelaki tingkatan lima yang berlaku pada 15 Disember lalu.

Apa yang menjadi tumpuan selain mengenai perkembangan kes hari ini, sebahagian pengamal media mendakwa tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak diberi kawalan ketat ketika dibawa ke Mahkamah Majistret.


Kawalan ketat luar daripada kebiasaan itu menimbulkan persoalan mengenai layanan double standard, rata-rata pengamal media menyifatkan liputan kes itu tidak dapat dilakukan seperti biasa sepertimana pesalah lain yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan: Kepala & Muka Ditutup, Pegawai Polis Langgar Pelajar Dikawal Ketat PDRM

Artikel berkaitan: Kes Adik Zaharif: Peguam Perjelas Kenapa Suspek ‘Susah Nak Lepas’ Walaupun Pegawai Polis

“Itu prosedur biasa”

Menjawab dakwaan itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris menafikan wujud double standard dalam kes terbabit.

“Kita buat kawalan tadi adalah untuk menjaga keamanan, ketenteraman di kawasan mahkamah, jadi tidak ada double standard.

“Layanan diberi sama seperti pesalah-pesalah lain,” katanya.

Tambah beliau, kawalan keselamatan yang dilakukan seperti mengiring tertuduh daripada balai ke mahkamah adalah prosedur biasa.

Katanya lagi, kes itu juga bukan high profile sebaliknya kes yang mendapat perhatian umum dan memerlukan kawalan lebih ketat.

Terdahulu, pengamal media mendakwa tertuduh memasuki Mahkamah Majistret dari laluan lain yang membolehkan mengelak dikerumunan wartawan dan kru video.

Difahamkan, tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 7 Februari 2024, untuk sebutan kes.

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.