in

Isu ‘Work Life Balance’, Siti Khadijah Setuju Dengan Janna Nick Sebab…

Ft Siti Khadijah Janna Nick

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan isu mengenai work life balance yang hangat menjadi tajuk bualan warganet, pelakon, Siti Khadijah Halim telah tampil dan bersetuju dengan pandangan Janna Nick bahawa individu perlu mengukuhkan kewangan terlebih dahulu untuk mencapai work life balance.

Siti memberitahu, meskipun kenyataan Janna itu menerima kritikan dan kecaman ramai namun, dia berpendapat bahawa perkara berkenaan benar dan perlu diterima oleh semua pihak.


Tambahnya, warganet perlulah mengambil kenyataan itu secara positif dan bukan hanya memandang dari segi negatif sahaja.

2016822

“Ini pandangan saya sendiri, saya tak mewakili semua atau sesiapa. Untuk capai worklife balance, kita perlu kerja keras dulu.”

“Bagi saya apa yang Janna cakap tu kita ambil secara positif dan bukannya negatif. Bila pandang positif, kita boleh capai work life balance tapi kita kenalah kerja keras dulu kan,” katanya.

Menurut Siti, kenyataan yang dilontarkan oleh Janna Nick itu adalah harsh truth yang perlu diterima oleh orang ramai walaupun ia perit untuk diterima.

Dalam pada itu, Siti berkongsi, sebelum dia berada ditahap kerjayanya sekarang dia juga pernah melalui liku-liku dan kesusahan dalam pekerjaannya sebagai seorang selebriti.

2016820

Siti berkata ia bukan seindah yang dibayangkan kerana mereka juga perlu berhadapan dengan pelbagai perkara baik dan buruk dalam kehidupan.

Tambah Siti, dia bukanlah berasal dari keluarga yang ‘berada’, oleh itu dia tidak kisah sekiranya dia perlu bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diperolehnya.

Terdahulu, melalui podcast Studio Sembang yang dihoskan oleh Amelia Henderson, pelakon, Janna Nick telah menerima kecaman netizen selepas melontarkan pandangannya yang seolah-olah merendahkan orang ramai yang ingin mencapai work life balance.

Hmmm apa komen korang?

Sumber : Xtra, mStar

Baca : Gelakkan Mereka Yang Nak ‘Work Life Balance’, Janna Nick Dikecam Netizen?

Janna Nick Work Life Balance 608X320 1

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.