Sejak semalam tular satu hantaran di media sosial yang mendakwa sebuah pusat perlindungan kucing di Klang, Selangor berada dalam keadaan tidak terurus dan terjaga.
Susulan isu berkenaan, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dalam satu kenyataan telah menafikan sebarang bentuk penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti dakwaan tular itu.
Datuk Bandar Klang, Datin Paduka Noraini Roslan berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan dan selepas mengadakan tinjauan beliau berpuas hati dengan tahap kebersihan dan keselesaan Taman Kucing Klang.
Artikel berkaitan: “Ada yang sakit, cedera…” – Netizen Terkejut Lihat Pusat Perlindungan Kucing Di Klang Tak Terurus
Artikel berkaitan: “Terima kasih sebab ambil dia” – Wanita Tolong Selamatkan Kucing, Dakwa Dibuang Tepi Highway
Berkaitan isu panas pula, beberapa penambahbaikan akan dilakukan segera oleh MBDK dan akan dibantu syarikat swasta dalam masa terdekat bagi keselesaan haiwan-haiwan yang berada di pusat perlindungan itu.
Kucing didakwa lapar dan terbiar tak benar
Mengulas lanjut, pihak MBDK menyatakan beberapa perkara yang ditularkan adalah tidak benar sama sekali terutama kucing-kucing yang didakwa lapar dan terbiar.
“Malahan, dakwaan kematian kucing dalam jumlah yang banyak juga tidak benar dan hanya seekor sahaja yang mati sejak pengoperasian (diletakkan di luar taman oleh individu tidak dikenali).”
Dalam kenyataan itu, pihak MBDK memberi jaminan akan memasang jaring pemedih bagi mengelakkan keadaan panas di situ.
Terdahulu, tular dakwaan seorang pengunjung yang mendakwa terlalu banyak kucing terbiar dikurung dalam satu kompaun dan dilihat tidak diberi sebarang pemeriksaan kesihatan.
Untuk info, Taman Kucing Klang di Bandar Bukit Raja telah dirasmikan oleh Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin pada 18 Ogos lalu.
Sumber: Facebook