in

Isu Konsert Pada Malam Nisfu Syaaban, Penganjur Tampil Mohon Maaf

Choi 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di laman sosial berkaitan sebuah konsert di Kedah yang diadakan pada malam Nisfu Syaaban. Beberapa video yang dimuat naik di media sosial oleh segelintir penonton konsert telah mendapat kecaman netizen.

Pun begitu, penganjur konsert Choii Underground Music Tour, Faris Azri Choii telah memohon maaf atas isu tersebut.


Hanya maklum adakan karnival jualan, bukan konsert

Harian Metro melaporkan, konsert itu dikatakan tidak mendapat permit atau kelulusan oleh agensi di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata, permohonan itu ada dikemukakan kepada kerajaan negeri namun hanya untuk mengadakan karnival jualan dan acara-acara yang dibenarkan, bukan konsert seperti yang tular di media sosial.

Ia juga telah melanggar syarat yang tidak membenarkan mana-mana penganjur untuk membuat konsert hiburan di negeri itu yang boleh mencetus kelakukan di luar tatasusila dalam kalangan pengunjung.

Penganjur mohon maaf, nafikan ‘terkinja-kinja’ pada malam Nisfu Syaaban

Faris Azri Choii iaitu penganjur konsert tersebut telahpun memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Kedah atas kesalahan pihaknya menganjurkan konsert pada malam Nisfu Syaaban.

Artikel berkaitan: Netizen Bingung, Konsert Ed Sheeran Belum Habis Tapi Penonton Dah Keluar Stadium

Artikel berkaitan: “Fake poster ke tu” – Peminat Teruja Nak Terjah Konsert, Ernie Perjelas Rupanya Ia Palsu

Dia mengakui terlepas pandang akan malam Nisfu Syaaban namun dia masih lagi membuat selawat selama satu jam sebelum konsert bermula dan ianya juga tiada kaitan dengan mana-mana badan kerajaan di negeri itu.

Walaupun kita dah buat selawat, ada yang cakap kita buat tiga minit sahaja tetapi kita buat hampir sejam juga, baru jalankan konsert. Kita percaya kalau kita tak buat selawat orang ‘tembak’, kalau kita buat selawat pun orang akan ‘tembak’.

Jadi, saya nak jelaskan bahawa apa yang saya buat di sini tidak terlibat dengan mana-mana badan kerajaan. Itu saya akui memang kesalahan datang daripada kami, saya minta maaf kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Walau bagaimanapun, dia juga menafikan video pengunjung melompat-lompat yang tular di media sosial diadakan pada malam Jumaat dan bukan pada malam Nisfu Syaaban.

Mengenai isu yang terkinja-kinja dan melompat itu pun saya minta maaf sebab saya bawa hip hop ke bumi Kedah, itu pun kesalahan saya tetapi yang hip hop dan budak-budak muda terlompat-lompat itu pada hari Jumaat, bukan Sabtu.

Namun, kita tengok video melompat yang viral itu dikatakan pada malam Nisfu Syaaban, itu tidak sama sekali kerana yang lompat itu pada hari Jumaat.

Tambahnya, karnival seterusnya akan diadakan di Terengganu dan pihaknya tidak akan membuat konsert sebaliknya malam berselawat, ceramah dan tazkirah. Dia juga tidak mahu berdolak dalih mengenai isu ini dan berkali-kali meminta maaf kepada orang ramai dan Kerajaan Negeri Kedah.

@farisazrii

Permohonan maaf daripada saya mengenai isu di Negeri Kedah …

♬ Cap – burrell

Di ruangan komen, ramai netizen memuji penganjur tersebut kerana bersikap rendah diri dan mengakui kesilapan yang telah dilakukan.

Choi 1 Choi 2 Choi 3

Sumber: TikTok, Harian Metro, Kosmo!

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.