in

Isu Hina Sultan Selangor, MB Kedah Ditahan Pukul 3 Pagi

Sanusi Ditahan Pukul 3 Pagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor telah ditahan polis awal pagi ini di sebuah lokasi di ibu negara.

Menurut Utusan Online, penahanan itu dibuat kira-kira jam 3 pagi di sebuah hotel penginapan dalam Lembah Klang dan kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(A) Akta Hasutan 1948.


360129851 220232337666467 2730863324698539200 N

Perkara tersebut juga telah dikongsikan oleh pegawai Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Helmi Khalid menerusi suapan video di Facebook.

Sanusi dijangka dihadap ke Mahkamah Selayang pagi ini

Muhammad Sanusi sebelum ini dikatakan baru sahaja pulang dari mesyuarat Perikatan Nasional (PN).

Pada jam 2.30 pagi, dipercayai kira-kira 20 anggota polis berada di luar pintu bilik penginapan menteri besar tersebut. Beliau kemudian telah dibawa keluar dari bilik ke bawah serta diarah menaiki sebuah MPV menuju ke Balai Polis IPD Gombak.

359799396 220232364333131 3934960701836464931 N

360140140 220232420999792 3371074965573855263 N

Namun sehingga kini belum ada maklumat rasmi berhubung penahanan tersebut.

Muhammad Sanusi dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang pada pukul 9 pagi ini. Ia berdasarkan maklumat laman sesawang mahkamah yang memaparkan nama MB tesebut berserta prosiding dakwaan akan dilakukan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bernama (@bernamaofficial)

Terdahulu, media melaporkan Pengarah Pilihan Raya PAS itu dalam satu siri ceramah anjuran PN didakwa mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor.

Menerusi video yang tular, Muhammad Sanusi turut didakwa meremehkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari.

Baca: “RM800K ja” – Tular Banglo Mewah Dikatakan Milik MB Kedah Bernilai RM7.8 Juta, Budin Kongsi Cerita Sebenar

Budin

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.