in

Isu Gaji Minimum Baharu, Pengusaha Mamak Bimbang Terpaksa Naik Harga Makanan Hingga 30 Peratus

Gaji Minimum Pengusaha Mamak Bimbang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu perkara dalam perbentangan Belanjawan 2025 yang diumumkan kerajaaan pada minggu lalu ialah kadar kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa pada tahun hadapan.

Walaupun ramai yang menyambut baik mengenai pengumuman itu, bagaimanapun bagi Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia (PRIM), pihaknya meluahkan kebimbangan kerana kadar gaji minimum itu akan menyebabkan harga makanan naik antara 20 peratus hingga 30 peratus.


Menurut Presiden PRIM Datuk J. Govindasamy, peningkatan dalam kos operasi telah terbukti semasa semakan gaji minimum yang lalu.

Artikel berkaitan: Belanjawan 2025: Kadar Gaji Minimum Bakal Dinaikkan Kepada RM 1,700, Berkuatkuasa Pada Februari 2025

Artikel berkaitan: “Saya ditipu…” – Pekerja Bangladesh Kecewa, Buat ‘Loan’ RM12,000 Hanya Untuk Dihantar Bekerja Di Kedai Mamak

Jelasnya, kenaikan gaji minimum ini akan meningkatkan kos operasi pengusaha restoran yang sudah pun terbeban dengan kenaikan harga bahan mentah serta pemansuhan subsidi diesel.

Whatsapp Image 2021 11 06 At 15.13.49

“Kos operasi sudah meningkat dengan pemansuhan subsidi diesel dan kenaikan harga bahan mentah. Sedikit yang dilakukan untuk mengawal kenaikan harga bahan mentah tetapi pihak berkuasa selalunya cepat meneliti harga produk akhir,” katanya.

Katanya lagi, walaupun kerajaan cuba membantu rakyat melalui dasar-dasar tertentu, tetapi pihaknya melihat manfaat tersebut seperti diambil semula dengan pelaksanaan dasar seperti kenaikan gaji minimum.

Justeru, Govindasamy menggesa kerajaan mengawal harga bahan mentah supaya pengusaha restoran dapat memastikan harga mereka berpatutan.

Selain itu, cadangan untuk mewajibkan majikan mencarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing juga menimbulkan kebimbangan.

Govindasamy mempersoalkan keperluan warga asing mempunyai simpanan KWSP, memandangkan kebanyakan mereka menghantar gaji kepada keluarga di tanah air mereka.

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.