in

Isteri Ngidam Bau ‘Ex’ Semasa Mengandung, Rupanya Ada Plot Twist?

isteri hamil ngidam bau ex 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila seorang wanita mengandung selalunya dia akan melalui satu fasa di mana dia akan mengidam dan selalunya para suami lah yang akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan isteri. Bagaimanapun, kadang-kadang permintaan si isteri agak susah untuk ditunaikan.

Baru-baru ini, telah tular di laman sosial Twitter tentang pengakuan seorang anon apabila isterinya yang sedang sarat mengandung itu mengidam bau bekas teman lelakinya. Biar betul bukan biasa-biasa permintaan dia ni.


Pada awalnya, si suami hanya sangkakan itu adalah suatu gurauan dari isterinya. Namun, si isteri nekad meminta suaminya untuk keluar mencari wangian yang sama seperti bekas teman lelakinya itu.

pexels erik mclean 7359154

Oleh kerana kasihan dengan anak yang berada di dalam kandungan isterinya, si suami sanggup membeli segala jenis wangian. Walau bagaimanapun, wangian itu tidak sama seperti bekas teman lelakinya dan si isteri pun merajuk sehingga menarik muka kepada si suami.

Setelah si suami mati akal, dia meminta si isteri untuk menghubungi bekas teman kekasihnya dan meminta lelaki berkenaan untuk menghantar wangian yang dipakai olehnya.

Di akhir cerita tersebut, luluhnya hati si suami apabila dia dapat tahu bahawa si isteri pernah curang bersama bekas teman lelakinya. Lebih menyedihkan lagi apabila anak yang dikandungnya bukanlah darah daging suaminya tetapi bekas kekasihnya itu.

pexels rene asmussen 325690

“Untuk status baby dalam kandungan tu, berat untuk aku beritahu yang status baby tersebut bukan darah daging aku. Terlalu kecewa bila aku ingatkan balik semasa aku tahu keputusan paternity DNA itu,” kata si suami.

Kesian si suami, dia dah cuba berikan segalanya untuk si isteri. Namun akhirnya hancur hati dia bila dapat tahu baby tu bukan baby dia..

Baca : “Ini bukan benda mengarut” – Ibu ‘Pregnant’ Menangis Terharu, Hajat Naik Kereta Kebal Tercapai

wsregwq 758x399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.