Banyak jenayah yang kadangkala tidak tercapai dek akal kita, seperti yang terjadi baru-baru ini di mana seorang isteri mengaku bersalah bersubahat dengan suaminya dalam kes rogol sepupu sendiri.
Wanita yang juga seorang suri rumah berusia 29 tahun itu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Artikel berkaitan: JKM Selamatkan Remaja 17 Tahun Dipercayai Mangsa Rog*l Di Pusat Jagaan Anak Yatim Swasta
Artikel berkaitan: Didakwa Bersubahat, Abang Ipar Jadi Punca Wanita Diperkosa Bergilir Mengaku Tak Bersalah
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersubahat dengan suaminya berusia 25 tahun melakukan kesalahan merogol mangsa berusia 15 tahun di sebuah rumah di Marang antara 7.30 malam hingga 1 pagi pada 8 hingga 9 Februari lalu.
Menurut laporan Harian Metro, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 376 (2)(c) kanun sama, yang berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.