Pelawak dan pelakon, Along Cham sempat menitipkan pesanan buat isterinya, Afreena Suhaimi agar dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku ke atasnya jika disabitkan hukuman.
Memetik sumber Astro Gempak, sebelum suaminya dibawa ke Penjara Sungai Buloh, Afreena berkata Along turut mengharapkan agar isterinya itu kuat menghadapi dugaan yang ditempuhi.
“Dia (suami) ada pesan supaya reda dan bersedia untuk hadapi tempoh lagi lima tahun. Along berkali-kali mohon maaf pada saya.
“Dia sempat pesan agar jaga semua anak-anak dengan baik tanpa dia di sisi.
“Isteri mana yang tak sedih bila orang kita sayang dalam keadaan begitu, tinggalkan pesan yang sama berkali-kali,” katanya.
Artikel berkaitan: “Saya merayu saya ada anak, saya janji beri kerjasama” – Along Cham Minta Dijamin
Artikel berkaitan: Mengaku Tidak Bersalah, Along Cham Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup Kerana Miliki G*nja
Afreena turut mengakui kini dia terpaksa menguatkan semangat untuk bekerja tanpa bantuan dan kehadiran suami tercinta di sisi.
“Siapa cakap saya tak down? Tapi saya tak boleh terus bersedih, perlu kerja cari rezeki untuk diri dan anak-anak.
“Kalau saya sedih, macam mana nak teruskan hidup?”
Terdahulu, Along didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan sebat maksimum 10 sebatan.
Sumber: Astro Gempak