Jika dahulu, nama pakar pelaburan saham, Datuk Dr. Nazri Khan (DDNK) pernah menjadi perbualan hangat netizen kerana konflik rumah tangga yang tidak berkesudahan, namun dia mengakui kini hidupnya lebih tenang sejak beristeri baru.
Menurut Harian Metro, DDNK berkata, dia sudah rajin ke masjid dan menghadiri kuliah agama sejak berkahwin dengan isteri yang lebih muda.
Bila saya kahwin dengan yang lebih muda ini saya pun berasa lebih muda. Kalau dulu saya jarang pergi masjid, sekarang saya sudah selalu, kalau dulu jarang pergi kuliah agama sekarang sudah kerap,” katanya.
Beliau yang terkenal dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ berkata, itulah perkara pelik yang berlaku terhadap dirinya yang tak terjadi pada perkahwinan pertama.
“Isteri kedua… lebih manja, lebih fleksibel, dengar cakap dan tak banyak kerenah”
Tambah DDNK lagi, banyak perkara yang dia belajar dari perceraian terdahulu dan isteri keduanya juga banyak membantu dia dalam menghampiri matlamat hidup iaitu untuk berjaya di dunia dan akhirat.
“Bukan saya mahu salahkan isteri pertama, cuma perjalanan hidup saya seperti itu. Saya belajar daripada perceraian yang berlaku.
“Saya rasa refleksi dan peluang kedua saya dalam kehidupan. Walaupun isteri kedua saya ini muda, tapi dia membantu saya menghampiri matlamat hidup iaitu berjaya di dunia dan akhirat. Alhamdulillah, hidup saya lebih tenang dan tidak banyak pening kepala dari segi kerja.
“Pengalaman hidup dengan isteri pertama dan kedua, masing-masing ada kelebihan. Untuk isteri kedua yang lebih muda ini dia lebih manja, lebih fleksibel, dengar cakap dan tak banyak kerenah. Mungkin rasa hormatnya ada di situ. Tapi, dia juga lebih nakal, kuat cemburu dan kuat merajuk.
“Kalau isteri yang dulu lebih berusia, dia lebih matang, terbuka, bersikap keibuan dan faham kehidupan. Tapi, itu adalah pilihan kita. Keduanya hebat dan perlu tahu apa matlamat hidup. Kita perlukan isteri yang boleh sokong matlamat kita,” katanya.
DDNK tak setuju gelaran ‘penyondol’ untuk isteri kedua, ketiga dan keempat
Dalam pada itu, DDNK juga berkata yang dia tidak setuju dengan gelaran ‘penyondol’ yang diberikan kepada wanita yang jadi isteri kedua, ketiga dan keempat.
Ia kerana selepas isteri barunya itu juga terkena tempias isu kontroversi perkahwinan kedua pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kazar baru-baru ini.
Bila sebut berkenaan cinta dan sayang, ia adalah perkara yang kita tiada daya untuk menahan. Bila sudah sayang, kita tidak boleh menipu perasaan. Bila kita kata sayang, maksudnya kita memang sayang. Bagi saya, tidak boleh seorang saja yang sayang untuk terus kahwin.
“Jadi, sondol menyondol ini tidak betul. Kalau daripada konteks saudara Syamsul (Syamsul Yusof) atau sesiapa saja, apa yang penting adalah kalau boleh berbahagia dengan yang pertama atau kedua (isteri) itu yang terbaik.
“Saya tiada pengalaman sebegitu, isteri saya yang kedua memang sangat baik,” katanya.
Katanya lagi, soal kahwin itu adalah jodoh dan ketentuan Allah SWT. Mungkin ada pihak yang tidak boleh terima tapi itulah hakikatnya.
Baca: “Sanggup anak pakai grab” – Ex Wife Dedah DDNK Ambil Semua Kereta, Anak Tiada ‘Transport’ Ke Sekolah