in

Isteri Harith Iskander Failkan Cerai Sebulan Lalu

Ft Isteri Failkan Cerai Harith Iskander

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rumah tangga pelakon dan pelawak Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim dikatakan sedang goyah apabila Dr Jezamine didakwa telah memfailkan cerai terhadap Harith di Mahkamah Rendah Syarikh Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Desas-desus tentang penceraian mereka ini jadi semakin kuat apabila Dr Jezamine bergambar di hadapan dewan mahkamah dengan berpakaian jubah lengkap dan bertudung sambil ditemani peguam syarie, Datuk Akberdien Abdul Kadir yang pernah mewakili beberapa artis popular dalam kes penceraian mereka.

Artikel berkaitan : “Terbang semua payung” –  [VIDEO] Harith Iskander Kongsi Detik Cemas Ribut Kencang Landa Publika

Artikel berkaitan : “Kehilangan MH370 adalah peristiwa traumatik” – Harith Iskander ‘Sekolahkan’ Jocelyn Chia

Harith Iskander

Perkara tersebut telah disahkan oleh Dr Jezamine sendiri ketika dihubungi mStar hari ini, katanya dia sudah failkan permohonan cerai itu sekitar Jun lalu.

“Betul saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenarnya permohonan itu dibuat tapi lebih kurang sebulan lalu.”

Bagaimanapun, Dr Jezamine belum bersedia memberikan sebarang komen tentang punca penceraiannya itu.

Screenshot 2024 07 09 130925

“Saya belum ada sebarang komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan.”

Sementara itu, Harith ketika dihubungi mStar untuk mendapatkan pengesahan, Harith memilih untuk mengunci mulutnya. Harith dan Jezamine, 41 mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zandar Xayne, Alessandra Jayne, dan Zydane Zayne.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.