in

Isteri Enggan Tuntut Cerai Dengan Suami Kaki Pukul, Hanya Sebab Terlalu Hensem

Ft Enggan Cerai Sebab Suami Handsome

Memang benarlah apa yang sering diperkatakan bahawa rupa bukanlah segala-galanya dalam perhubungan, ini kerana ia takkan bertahan lama, selain rasa insecure, ia juga boleh ‘makan diri’ seseorang yang memilihnya.

Hanya kerana terlalu tampan, seorang wanita dari China ini enggan failkan cerai dengan suaminya yang kaki pukul biarpun dah 3 tahun kena hadap perkara tersebut.

 

Dia terlalu tampan, saya tak boleh tinggalkan dia walaupun sesaat.”

Enggan Cerai Sebab Suami Handsome

Menurut China Press menerusi WORLD OF BUZZ, mereka mula berkenalan pada 3 tahun lepas, pada waktu itu, umur wanita ini baru sahaja 20 tahun, mereka jatuh cinta dan terus kahwin lepas 2 bulan dating.

Perkahwinan tidaklah seindah yang disangka, seringkali berlaku pertengkaran antara mereka berdua sehingga melibatkan keganasan fizikal, sumber melaporkan bahawa isteri dipukul, ditendang ,ditumbuk sampaikan ada bekas lebam dan bengkak dekat anggota badan wanita itu.

 

Lagi hensem daripada penyanyi Kris-Wu

Lifestyle Kris Wu Instagram Pic 190721
Kris wu

Sumber melaporkan bahawa, si suami dah failkan cerai terhadap wanita tersebut kerana fikir bahawa rumahtangga mereka tidak boleh diselamatkan lagi jika ia masih diteruskan. Bagaimanapun, wanita itu tak nak!

Enggan Cerai Sebab Suami Handsome 2

Sepanjang 3 tahun perkahwinan mereka, wanita ini menyatakan bahawa dengan hanya lafaz maaf dia terus move on. Alasannya tak nak bercerai dengan lelaki itu adalah :

  • Dia adalah cinta pertama jadi tak mudah nak lepaskan
  • Dia mempunyai pegangan kalau seorang wanita dah jalinkan hubungan, dia kena sentiasa taat dan setia walaupun apa jua yang berlaku.
  • Suaminya terlalu tampan, mungkin susah nak cari lelaki setampan dia selepas ini.

Wanita ini kata suaminya itu lagi helok daripada Kris-Wu, penyanyi dan pelakon kacukan Cina dan Kanada. Gambar dekat atas tu.

 

Pendapat belah suami

Bagi si suami pula, difahamkan bahawa pergaduhan selalu terjadi akibat sikap isteri yang terlalu curiga dan cemburu buta dengannya. Rasa curiga dia itu sampai ke tahap toksik dimana suka semak telefon bimbit sepanjang masa, risau kalau si suami ada orang ketiga.

Enggan Cerai Sebab Suami Handsome 3

Suaminya juga menjelaskan bahawa dia tiada ruang peribadi sebab isterinya suka ‘melekat’ dengan dia 24 jam dengan alasan dia terlalu tampan dan mana-mana wanita tak boleh rapat dengan dia langsung.

Buat masa ini, wanita tersebut sedang mengandung dan baginya dia nak ada keluarga bersama suaminya itu.

“Saya janji saya akan bagi apa je yang dia nak, asalkan dia tak tinggalkan saya.”

Kalau dah jodoh memang tak kemana, tapi kalau macam ni……

 

Baca : “Diceraikan, anak-anak tak sah taraf” – Sebenarnya Perempuan Yang Nikah di Thailand PALING TERANIAYA, Ini Sebabnya…

Nikah Siam

Sumber: Mirror Media
Sumber: FMT
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube