Baru-baru ini, Anissa Faizul iaitu isteri kepada YouTuber dan pempengaruh media sosial terkenal Syahmi Sazli telah menjadi mangsa kecaman netizen Kelantan yang tidak bersetuju dengan pendapatnya.
Kecaman itu tercetus selepas Anissa baru-baru ini telah mengulas tentang permasalahan air yang tiada penghujung di negeri Kelantan menerusi Facebook.
Namun, sesetengah warga Kelantan telah salah faham dengan kenyataan Anissa.sehingga Syahmi telah tampil untuk menjelaskan kenyataan isterinya itu agar tiada lagi sesiapa yang salah faham.
Anissa sebenarnya mengulas tentang masalah air yang di Pasir Mas seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi Facebook group Pasir Mas.
Difahamkan, wanita tersebut yang tinggal di Pasir Mas telah meluahkan perasaan dek kerana masalah air di kawasan tersebut telah berlarutan selama enam bulan sehingga wanita itu terpaksa mengambil air dari masjid terdekat beberapa kali dalam sehari.
Jadi, Anissa kemudiannya berkongsikan semula luahan wanita tersebut kerana baginya, air adalah keperluan kehidupan manusia yang paling asas sebab dengan air lah, kita nak ambil wuduk untuk solat dan mandi selepas pulang dari tempat kerja.
Dalam kenyataan Anissa itu, dia tak cakap pun yang rumah dan kedai air balangnya mengalami masalah air atau jika negeri Cik Siti Wan Kembang itu perlu tukar kerajaan negeri kerana Anissa hanya meluahkan pendapatnya tentang masalah air di Kelantan yang sehingga kini tidak berkesudahan.
Anda boleh tonton video penjelasan penuh dari Syahmi Sazli di Facebook kerana menerusi ruangan komen, dapat dilihat bahawa ada ramai juga warga Kelantan yang salah faham dengan kenyataan Anissa itu.
Selain itu, Syahmi juga memohon maaf jika ada netizen yang terasa dengan kenyataan Anissa itu.
Namun dalam masa yang sama, Syahmi turut mengatakan isu masalah air ini tidak boleh diabaikan.
Sumber: Facebook Syahmi Sazli Production
Baca: “Respek akhlak demo” – Syahmi Sazli Tutup Perniagaan, Taknak Sebabkan Kesesakan Jalan