Ramai yang menyangkakan kemelut rumah tangga antara penyanyi lejen ND Lala dan bekas isterinya Fauziah Sarman sudah pun bertemu jalan penyelesaian selepas kedua-dua mereka disahkan telah bercerai.
Pun begitu, cerita mengenai isteri baru pelantun lagu Syair Cak Pong itu menjadi bualan ramai kerana dia dikatakan berkahwin secara rahsia ketika masih bersama dengan Fauziah Sarman yang lebih dikenali sebagai Mama Zie.
Terbaru, dalam video yang dikongsikan oleh Mama Zie di TikTok miliknya, ibu kepada penyanyi pop Shila Amzah itu berkongsi beberapa gambar isteri baru ND Lala yang dikenali sebagai Munirah.
Di kapsyen video itu, Mama Zie berterima kasih kepada mereka yang berkongsi gambar wanita itu melalui Direct Message (DM) kepadanya.
“Ini Munirah ke?”
Apa yang menarik perhatian ialah komen salah seorang individu yang mendakwa pak ciknya pernah menjadi ‘mangsa’ isteri baru ND Lala, di mana dia pernah mengikis duit suami orang itu sehingga menyebabkan berlaku cerai-berai.
Pun begitu, perkara itu tidak disahkan oleh mana-mana pihak lain dan akaun yang meninggalkan komen tersebut berstatus private.
Hmm, apa-apa pun jangan main serkap jarang guys!
Baca: Buat Laporan Polis Tuduh Anak Curi Kereta, Netizen Pelik Dengan Perlakuan ND Lala