Syarikat Apple telah diasaskan pada 1 April 1976, oleh Steve Jobs, Steve Wozniak, dan Ronald Wayne sebagai rakan kongsi perniagaan, produk pertama syarikat itu ialah Apple I, sebuah komputer yang direka dan dibina sepenuhnya oleh Steve Wozniak.
Banyak produk Apple yang bersejarah telah dipelihara untuk menunjukkan bagaimana teknologi berkembang sepanjang beberapa dekad yang lalu, malah beberapa memorabilia Steve Jobs juga turut dilelong oleh RR Auction yang merupakan salah satu syarikat lelongan terbesar di Amerika Syarikat.
Baru-baru ini, syarikat tersebut telah membuka bidaan untuk sepucuk surat yang ditandatangani oleh Steve Jobs.

Ironinya, surat itu menyatakan bahawa pengasas syarikat teknologi itu tidak akan memberikan autograf.
Dalam laporan Hypebeast, surat itu mempunyai letterhead Apple Computer Inc. yang bertarikh 11 Mei 1983, surat itu dialamatkan kepada L.N. Varon dari Imperial Beach, California dan difahamkan, surat pendek itu merupakan respon Steve Jobs untuk sebuah temu duga.
“Saya berbesar hati kerana anda menulis, tetapi saya takut saya tidak dapat menandatangani autograf.” tulisnya.
Walaupun dia menolak permintaan itu, tetapi dia masih menandatangani surat itu dengan tandatangan huruf kecilnya yang tersendiri.
Surat itu berada dalam keadaan baik, cuma terdapat kotoran kecil di bahagian bawah, memorabilia itu telahpun dijual pada harga $478,939 USD (RM 2.1 juta) dalam sebuah lelongan.
Nampak kan personaliti ‘humble’ Steve Jobs?
Baca: Produk Apple iPhone 6 Plus & iPad 4th Generation Kini Dikira ‘Vintaj’

