in

Iran Lancar Serangan Menggunakan Dron Ke Atas Israel

F3 Iran Serang Israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Iran menerusi Kor Pengawal Revolusi Islam Iran atau IRG telah melancarkan serangan dengan menggunakan peluru berpandu dan ratusan dron ke atas Israel pada Sabtu.

Memetik laporan Al-Jazeera, Iran mengatakan mereka melancarkan serangan itu sebagai hukuman terhadap jenayah Israel.


5

Difahamkan, serangan dari Iran itu berlaku hampir dua minggu selepas Israel menyerang konnsulat Iran di Syria yang telah meragut nyawa tujuh ahli IRG.

Menurut tentera Israel, serangan itu membabitkan lebih 100 dron namun difahamkan, serangan dron itu mungkin mengambil masa beberapa jam sebelum sampai ke sasarannya, lapor Berita Harian.

Artikel Berkaitan: Suami Isteri Didakwa Jual Senjata Api Kepada Seorang Warga Israel Mengaku Tak Bersalah

Artikel Berkaitan: “Terlepas pandang” – Isu Kurma Dari Israel, Syarikat Matahari Mohon Maaf

Walau bagaimanapun, menurut media saluran 12 Israel, beberapa dron tersebut telah ditembak jatuh.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Jumaat lalu telah memberi amaran kepada Iran supaya tidak menyerang Israel.

Sumber: Al-Jazeera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.