in

“InsyaAllah” – Caprice Nak Anjur ‘Tinju Amal’ Antara Farid Kamil & Syamsul Yusof?

collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu di antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah mendapat perhatian orang ramai termasuklah pelakon Farid Kamil yang turut bercakap tentang kes isterinya yang didakwa pernah menjadi mangsa pukul pada tahun 2005 yang lalu.

Selain isu penceraian, kes keganasan rumah tangga juga turut hangat disebutkan sehingga baru-baru ini Caprice menerusi Instagram peribadinya telah mengusulkan untuk menganjurkan pertandingan tinju amal selebriti.


Menurut Caprice, acara seperti ini sangat dinanti-nantikan ramai lebih-lebih lagi bila Farid Kamil dan Syamsul Yusof diletakkan sebagai perlawanan utama.

Apa yang saya nak tengok, apa yang saya rasa kita semua nak tengok adalah perlawanan tinju selebriti di antara Farid Kamil vs Sol sebagai headline. Anwar The Untold Story vs KL Gangster. Agak-agak siapa akan menang?”

Selain dari itu, Caprice turut memetik nama Aedy Ashraf dan Hafidz Roshdi untuk membuat perlawanan semula.

Number 2 fight is, Aedy Ashraf vs Hafidz Roshdi, round 2. Repeat.”

Tambah Caprice, sekiranya perlawanan ini berlangsung, segala keuntungan yang dibuat akan disalurkan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak-hak wanita.

https://www.instagram.com/p/Cph0M5gpIoQ/

“InsyaAllah… Walk the talk pls…”

Meninjau ke ruangan komen, Farid Kamil dilihat telah pun menyahut cabaran ini dan Caprice mengatakan yang dia akan menghubungi pihak ‘sana’ untuk mendapatkan jawapan.

Tak cukup dengan itu, bekas kekasih Puteri Sarah, Ammar Alfian turut meninggalkan komen meminta untuk turut serta dalam perlawanan ini. Uishhh

Screenshot 2023 03 10 at 11.41.56 AM down

Bagaimanapun, di ruangan komen, ada netizen yang tak bersetuju dengan pelawaan Caprice ini kerana merasakan ia seperti melaga-lagakan orang.

Screenshot 2023 03 10 at 11.53.22 AM down

Apa pendapat korang, korang nak tengok ke boxing match ni?

 

Baca: Farid Kamil Perli ‘Seseorang’ Lepas Tinggal Komen Di Video Mahkamah Puteri Sarah?

collage 8 758x399.png 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.