Selagi orang tua kita masih hidup, selagi itu lah kita kena manfaatkan masa yang kita ada untuk diluangkan bersama mereka, masa inilah kita boleh balas jasa mereka selagi kita mampu.
Bila masanya dah tiba, pasti segala apa yang dilakukannya kepada kita akan dirindui. Takkan dapat rasai semula kenangan itu, yang ada hanyalah peninggalannya sahaja untuk kita ubati rindu.
Bila baca perkongsian Lyaa ni, baru kita akan rasa betapa beernilainya orang tua sementara mereka hidup
Tengah sakit pun dia fikir pasal anak dia
Rasa sebak bila melihat nota terakhir arwah ayah kepada Lyaa ni, menurutnya arwah ayah seorang yang caring dan jaga betul-betul anaknya.
Sehinggakan semasa tengah sakit pun dia akan fikirkan pasal anaknya Lyaa ini. Siapalah yang tak tehraru kalau ada ayah macam ni, malah
‘Masa tu sebelum ayah tenat,dah tak boleh cakap. He asked for a paper and wrote this and gave it to mama. Tgh2 sakit pun dia pkiaq lg psai anak dia. Takut tak ada siapa ambil. Ayah.this is the last thing ayah tinggai untuk adik.Ayah.ayahlah sebaik-baik ayah.”
Tulis tarikh, hari and jam berapa dia sakit. Inilah yang terakhir dia tulis.
“Arwah abah saya tulis tarikh, hari and jam berapa dia sakit. And inilah yang terakhir dia tulis.”
Mungkin ini sahajalah cara Lyaa nak ubati kerinduan terhadap arwah ayahnya. Luahan rindu yang dikongsikan ini mengundang rasa sebak pada netizen. Netizen pun manusia juga, jangan pandang mereka dari sudut negatif sahaja ada yang berikan sokongan untuk dia kuatkan semangat.
Sokongan moral netizen
Al-Fatihah buat arwah ayah Lynaa, dan orang tua anda diluar sana yang telah menghadap ilahi.
Baca : Sebak,Terpisah Lebih 2 Dekad Wanita Ini Dipertemukan Semula Dengan Ayahnya Tapi…