in

“Inilah erti comeback sebenar” – Awal Larian Terjatuh, Sebelum Menang Acara 1500m Olimpik Tokyo

Sifan Hassan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Sifan Hassan menjadi sebutan ramai selepas tamat acara larian 1500 meter wanita malam semalam. Pelari jarak jauh dari Belanda ini sebelum itu telah memenangi pingat emas dalam acara 5000 meter.

Difahamkan, atlet berkenaan mempunyai misi tersendiri pada temasya kali ini iaitu untuk menjadi atlet wanita pertama memenangi ketiga-tiga acara larian 1500 meter, 5000 meter dan 10,000 meter.


Dalam acara saringan 1500 meter yang berlangsung malam semalam, larian daripada Sifan ini dianggap paling menakjubkan dan boleh dikatakan antara detik-detik ‘comeback’ terbaik sepanjang kejohanan setakat ini.

3141

Bermula di posisi keempat pada saringan kedua acara 1500 meter tersebut, atlet dari Belanda ini terjatuh ketika memasuki pusingan terakhir acara tersebut setelah terlanggar pelari dari Kenya yang terjatuh di hadapannya.

Pada ketika itu, hampir pasti peluangnya untuk ke acara akhir terkubur setelah beliau tertinggal jauh dibelakang pelari paling hadapan.

Namun, pemegang ranking pertama dunia tersebut tidak berputus asa, bangun dan teruskan larian dengan bersahaja memotong seorang demi seorang pencabarnya sebelum melakukan pecutan pada 100 meter terakhir dan memenangi acara saringan tersebut dengan catatan masa 4 minit 5.17 saat.

E7V0Fq2Xsaekxcd E1627958139227

Larian menakjubkan Sifan Hassan tersebut dengan pantas menjadi perbualan ramai peminat sukan berkenaan di media sosial dan ramai kagum dengan sikap tidak berputus asa yang ditunjukkan oleh atlet tersebut.

“Bagaimana beliau lakukan perkara tersebut?”

Ruangan Twitter dan Youtube dipenuhi dengan kata-kata pujian dari peminatnya dari seluruh dunia dan percaya beliau akan memenangi acara tersebut dengan penuh bergaya pada acara separuh akhir yang dijadualkan bakal berlangsung pada esok (Rabu).

Sifan Twitter

Sifan Yt

Sifan Hassan bakal beraksi pada saringan kedua acara separuh akhir dan diatas kertas, hampir pasti beliau bakal melayakkan diri ke acara akhir kerana dalam saringan berkenaan, beliau mempunyai catatan masa peribadi terbaik iaitu 3:51.95.

Min pasti acara ini bakal mendapat perhatian ramai nanti. Apa-apa pun, rakyat Malaysia pastinya tak sabar tunggu penampilan Dato’ Azizulhasni Awang yang bakal beraksi pada acara pecut berbasikal esok dan keirin pada hari Sabtu nanti.

Baca : “Boleh kami dapat 2 pingat emas” – Atlet Lompat Tinggi Cipta Sejarah, Kongsi Pingat Emas Olimpik Lepas Seri

Syabil

Sumber: The Guardian
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.