Ibu kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhamad Adib Azim Halim iaitu Rus Lina Abd Razak tidak mampu menahan sebak apabila menatap hadiah terakhir yang diberikan arwah kepadanya sebelum terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Perak pada Isnin lalu.
Tangisan ibu itu dilihat menerusi satu video lawatan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin ke rumah keluarga arwah. Dilihat ibu kepada arwah Adib menunjukkan hadiah yang berbentuk sejambak bunga sambil menangis terasak-esak membaca ucapan daripada arwah.
Artikel berkaitan : Peguam Selar Kenyataan Individu Mengenai Kematian Penuntut UPSI Sebagai ‘Tidak Beriman’dan Masih Berhutang PTPTN
Artikle berkaitan : 13 Jenazah Penuntut UPSI Tiba Di Masjid Hadhari Jam 3 Pagi, Lebih 3,000 Jemaah Laksana Solat Jenazah
“Ini saja yang adik mampu bagi hadiah buat ibu”.
Selepas membaca ucapan tersebut, Husaimi Hussin dengan nada sebak menjelaskan bahawa Adib Hazim seolah-olah memberi satu gambaran bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.
@miechehussin_.off ” ini saja yang adik mampu bagi hadiah buat ibu”. kata- kata terakhir Adik Muhamad Adib Azim Halim ketika memberi hadiah hari lahir ibu tercinta pada sabtu, Hari Raya Adiladha. #pelajarupsi #gerik #adunhulubesut
Biarpun kemalangan tersebut telah meragut nyawa anaknya, bapa kepada arwah Adib tidak berdendam dan memaafkan pemandu bas tersebut.
“Saya maafkan pemandu bas, apa yang berlaku ini takdir. Tiada dendam terhadap dia.”
Menurut Halim Sidik, kehilangan anak ke-6 daripada 7 orang adik beradik itu sudah menjadi ketentuan Ilahi.
“ALLAH sayang Adib. Apa yang berlaku, kami reda dan tiada dendam terhadap pemandu walaupun banyak cerita yang dihebohkan berkenaan dirinya.”
“Anak kami pergi dengan baik. Saya fikir pemandu pun ada keluarga, dia juga tidak berniat untuk membawa laju. Soal maaf, biarlah dia pohon kepada Tuhan,” jelasnya kepada Sinar Harian.
Sumber : TikTok, Sinar Harian