Kecoh di platform X susulan orang ramai mempersoalkan kehadiran ahli keluarga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Norza Zakaria selepas tular satu gambar yang didakwa isteri dan anak lelakinya di tempat duduk penonton semasa perlawanan pasangan beregu lelaki Malaysia.
Isu ini menimbulkan kemarahan peminat badminton tanah air ekoran pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terpaksa menghadapi perlawanan di Sukan Olimpik tanpa ditemani jurulatih profesionalnya, Nova Armada.
Goh Jin Wei tidak dapat membawa jurulatihnya bersama ke temasya edisi ini berikutan kad akreditasi yang terhad dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Artikel berkaitan: “Mungkin saya sahaja atlet yang tiada coach” – Jin Wei Luah Sedih Tak Dapat Bawa Jurulatih Ke Olimpik Paris
Artikel berkaitan: Jumlah Pegawai Lebih Ramai Daripada Atlet Malaysia Ke Olimpik Paris, MOM Beri Penjelasan
Respon MOM
Menjawab isu itu, MOM menjelaskan bahawa terdapat peruntukan khas kad akreditasi untuk tetamu pegawai tertinggi mereka di Sukan Olimpik Paris.
Jelasnya, kad akreditasi itu, yang diluluskan oleh OIC, tidak sama dengan yang diberikan kepada kontinjen Malaysia, termasuk atlet, jurulatih, dan kakitangan sokongan lain.
“IOC memperuntukkan kad akreditasi khas kepada Menteri Belia dan Sukan, presiden (MOM), dan setiausaha agung, masing-masing kepada tetamu yang menyertainya.
“Peruntukan ini adalah berasingan dari peruntukan kad akreditasi kontinjen.”
Dalam pada itu, Norza menegaskan dia mempunyai kuota khas untuk membawa tetamu sendiri ke temasya itu.
“Sebagai presiden BAM dan MOM saya diberikan peruntukan untuk bawa tetamu sendiri. Saya ada kuota khas, tidak kena-mengena dengan atlet,” katanya yang dipetik dari Malaysiakini.
MOM pun sudah beri penjelasan. Apa komen korang mengenai isu ini?
Sumber: Harian Metro, Malaysiakini