in

“Ini pertunjukan terakhir saya” – Sempat Hantar Mesej, Anak AR Badul Maut Tertembak Ketika Demonstrasi Tentera

Anak Ar Badul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak pelakon veteran terkenal, AR Badul meninggal dunia selepas terkena tembakan ketika latihan  demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.

Tentera4
sumber: tmi

Menurut Harian Metro, Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, menyertai latihan demonstrasi itu di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu hari ini. Demonstrasi itu merupakan sebahagian daripada program pertunjukan untuk dipersembahkan kepada seluruh warga tentera dan ahli keluarga Kem Lok Kawi.


Ketika kejadian mangsa yang memakai topeng dan baju kalis peluru telah melakukan tembakan pertama ke arah rakan tenteranya. Namun, malangnya dia kemudian terkena tembakan dari rakan tentera itu dari jarak dekat sebelum terjatuh.

Beberapa anggota tentera menarik Mohd Zahir ke tepi dan mula memberinya bantuan kecemasan sebelum mangsa dikatakan tidak sedarkan diri.

Tentera2
sumber: bernama
Tentera1
sumber: malaysiagazette

Mohd Zahir kemudian dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut namun disahkan telah meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata,

Mangsa disahkan meninggal dunia jam 9.20 pagi.”

Menurut mStar, isterinya, Nour Shafinar Harun, 31, ketika dihubungi memberitahu mangsa sempat menghantar mesej kepadanya sebelum pertunjukan itu bermula.

Saya dimaklumkan tentang berita itu pada pukul 9 pagi tadi dan suami sempat menghantar mesej berkata bahawa itu pertunjukan terakhirnya.”

Saya juga diberitahu tembakan itu tersasar sedikit lalu melepasi baju kalis peluru yang dipakai mangsa.”

Tentera3
sumber: blog

AR Badul memberitahu dia sedia maklum tentang kematian anaknya ketika menerima panggilan sekitar jam 11 pagi tadi dan sedang menunggu jenazah yang akan dibawa pulang petang ini.

Jenayah akan disembahyangkan di masjid Kem Wardieburn, Setapak dan dikebumikan di Ipoh, Perak berdekatan dengan rumah keluarga isteri mangsa.

Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi. Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan.”

Anggota tentera berusia 37 tahun dikhabarkan telah ditahan untuk tindakan lanjut berhubung insiden tersebut. Kes diklasifikasikan Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Al Fatihah buat keluarga mangsa…

Baca: “Macam anak saya buat jenayah berat” – Polis Trafik Tembak Penumpang Motosikal & Pergi Begitu Je Bila Lihat Takda Buat Salah

Ditembak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.