in

“Ini mitos semata” – Tak Perlu Tunggu 24 Jam Buat Laporan Kes Orang Hilang

Tak Perlu Tunggu 24 Jam Kes Orang Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belakangan ini, kerap pula berlaku kes orang hilang dan tentunya memberi kegusaran kepada orang ramai.

Kes orang hilang ini juga telah menimbulkan pertanyaan dalam kalangan netizen mengenai prosedur operasi standard (SOP) mengenai laporan polis yang perlu dibuat berhubung kes ini.


Ada yang mengatakan perlu menunggu tempoh 24 jam sebelum boleh melaporkan berlakunya kes orang hilang.

Artikel berkaitan: Semua Pintu Pagar Balai Polis Akan Ditutup Selepas Jam 10 Malam

Artikel berkaitan: 7 Kes Kehilangan dan Pembunuhan Kanak-kanak Yang Pernah Menggemparkan Malaysia

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husin dalam satu kenyataan menepis dakwaan terbabit yang dianggap mitos yang sering disebarkan banyak pihak tanpa asasnya.

Screenshot 2024 07 18 114458

“Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang.

“Ada yang kata perlu tunggu sampai 24 jam, 48 jam hingga 72 jam dalam keadaan gementar serta gemuruh. Ini mitos semata,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya sudah melakukan carian orang yang dirasakan hilang dan cuba hubungi tapi gagal boleh segera ke balai polis.

Katanya, ini sebagai langkah awal mengelakkan suatu insiden buruk berlaku terhadap individu yang dilaporkan hilang.

Justeru, beliau menasihati masyarakat agar terus memainkan peranan membantu menyalur maklumat mengenai kes orang hilang.

“Peranan masyarakat sangat dihargai dalam membantu pihak polis.

“Saluran di pelbagai medium kita hebahkan berkait kes orang hilang untuk orang awam bersama kita membantu siasatan kes,” ujarnya.

Harap kes lepas ni dapat ditangani dengan sebaiknya…

Sumber: Sinar Harian

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.