in

Ini Kenapa Trend Gantung Baju Pengantin Pada ‘Fire Sprinkler’ Hotel Perlu Dihentikan

F3 Bpgfs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trend menggantung baju kahwin di dahan pokok atau di fire sprinkler bangunan hotel yang menjadi lokasi pasangan pengantin berkahwin atau bersanding untuk ambil gambar baju tersebut sememangnya telah lama dibuat oleh jurugambar majlis kahwin.

Tak dinafikan trend tersebut memang cantik dan nampak estetik. Namun, trend menggantung baju kahwin di fire sprinkler hotel patut dihentikan kerana ia boleh mengundang bahaya.


13 2
Gambar sekadar hiasan

Ikuti penjelasan seorang warganet yang dikenali sebagai obliqueheart di Twitter ini untuk faham dengan lebih lanjut.

Untuk pengetahuan semua, fire sprinkler atau sistem penyiram kecemasan yang akan berfungsi secara automatik jika berlaku kebakaran di sesebuah bangunan.

Lazimnya, fire sprinkler tersebut memang akan dipasang di setiap bilik hotel dan ia juga sering digunakan oleh jurugambar untuk menggantung baju pengantin supaya mudah untuk mereka ambil gambar penuh baju kahwin tersebut.

Sebab zaman sekarang kan memang ramai yang buat majlis kahwin di hotel kan.

15 2
Gambar sekadar hiasan

Walaupun ia sering digunakan untuk gantung baju kahwin, namun ia tak bermakna tindakan itu betul sebab ia boleh pecah dan menyebabkan air terkeluar daripada fire sprinkler tersebut walaupun tak ada kebakaran.

Ini kerana bebuli fire sprinkler tersebut diperbuat daripada gelas, jadi ia mudah pecah.

12 2

Jadi, ia bukan sahaja boleh sebabkan baju kahwin anda rosak sebab dah basah, namun ia juga boleh sebabkan banjir dalam bilik hotel anda dan sekali gus barang-barang di dalamnya juga rosak.

Kang tak pasal-pasal kena bayar ganti rugi dekat pihak hotel pulak. 

Kes sebegini difahamkan pernah terjadi beberapa tahun dahulu. Boleh baca juga kisah yang dikongsikan oleh warganet lain yang dikenali sebagai syazmnnn ini.

Jadi, untuk pasangan pengantin yang tetap mahukan gambar baju kahwin diambil oleh jurugambar, boleh gantung baju tersebut pada ranting atau dahan pokok, tingkap, langsir, pintu atau di almari sebagai alternatif.

Nak lagi selamat, boleh juga pakaikan je baju tersebut pada patung.

So, harapnya lepas ni takde dah la trend gantung baju pada fire sprinkler ni. Kang tak pasal-pasal basah lencun baju kahwin korang tu. 

Sumber: Twitter @obliqueheart

Baca: “Dia buat macam majlis dia” – Wanita Terkilan Majlis Kena ‘Hijacked’ Dengan Orang Luar 

11 2 1

Sumber: Elite Fire

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.