Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 boleh dikatakan lebih istimewa dan meriah jika nak dibandingkan dengan edisi sebelumnya. Mungkin disebabkan warga Malaysia ‘lepas geram’ kerana tidak dapat menyambutnya sebelum ini disebabkan pandemik yang melanda.
Banyak momen pada sambutan edisi kali ini berjaya mencuri tumpuan ramai, antaranya adalah pertunjukan aset tentera, perarakan oleh badan beruniform dan juga abang-abang bomba yang berjaya mencuri hati para wanita.
Abang bomba kena gangguan seksual?
Bagaimanapun, tidak semuanya indah belaka. Menerusi beberapa perkongsian di media sosial, ternyata abang-abang bomba yang turut serta dalam perarakan Hari Kebangsaan berjaya membuat sebilangan wanita tidak senang duduk.
Lebih parah, beberapa video yang dimuat naik oleh abang bomba dipenuhi dengan komen-komen nakal oleh para wanita. Malah, ada yang memberikan komen lucah seolah-olah itu adalah satu bentuk jenaka dan boleh dilihat oleh semua orang.
Mengaku isteri orang
Lebih memalukan, ada beberapa wanita yang mengaku mereka sudah berkahwin dan berkata mereka hanya mahu mencuci mata dengan menonton video abang bomba.
Berikut adalah beberapa tangkap layar ruangan komen yang sempat dikongsikan oleh warganet di Twitter. Apa pendapat anda?
Gangguan seksual bukan sahaja boleh berlaku terhadap kaum wanita, malah ia boleh berlaku ke atas kaum lelaki. Masyarakat kadangkala memandangkan gurauan nakal ke atas kaum lelaki sebagai satu bentuk jenaka. Ayuh kita ubah sikap dengan menghormati jantina lain tidak kira mereka lelaki atau wanita.
Apa pendapat anda tentang isu ini?
BACA: “Terpaksa panggil bomba” – [VIDEO] Wanita Kongsi Pengalaman Tersangkut 6 Jam Dalam Bank