Reaksi seorang lelaki mengundang gelak tawa warganet apabila dia terkejut dengan hasil rekaan gula-gula kapas yang direka oleh penjual.
Menerusi satu video yang tular, seorang lelaki dilihat sedang membeli gula-gula kapas di sebuah pasar malam yang tidak didedahkan lokasinya.
Turut kelihatan menu gerai tersebut yang mempunyai banyak rekaan gula-gula kapas seperti Upin, Pikachu, Poni dan banyak lagi.
Video tersebut turut menunjukkan rasa teruja lelaki tersebut yang mahu melihat hasil gula-gula kapas Upin yang dimintanya. Bagaimanapun, dia berasa terkejut selepas melihat hasilnya yang sedikit lain daripada rupa sebenar Upin.
“Kenapa warna putih”, soal seorang individu berkenaan rambut Upin yang sepatutnya berwarna hitam.
Hasil gula-gula kapas tersebut ternyata membuat lelaki tersebut terhibur. Menerusi video tersebut, rambut dan telinga Upin berwarna putih. Malah, rekaan hidung dan mulut juga kelihatan sedikit pelik membuatkan ia tidak seperti Upin.
@paangbot jangan tgok sampai hbis
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terhibur dengan hasil gula-gula kapas tersebut. Malah, ada yang berseloroh mengatakan itu ialah bentuk ‘Ceplos’ dan toyol.
“Asal aku tengok macam toyol je”, komen seorang warganet yang terhibur dengan rekaan gula-gula kapas tersebut.
“Nampak tak sama langsung, dan harga dia RM15?”, soal seorang individu berkenaan harga gula-gula kapas itu yang didakwa sedikit mahal.
Apa pendapat anda tentang gula-gula kapas tersebut, sama ke macam rupa Upin?
Kredit: paangbot
BACA: Tular Video Lelaki Bertatu Terhibur Tonton Upin & Ipin Di Penjara, Muka Gangster Pun Comel!