in

“Ini cara saya hilangkan sedih” – Pemuda Tular Baring Sebelah Pusara Akui Pemergian Ibu Beri Kesan Mendalam

Pemuda Tular Tidur Sebelah Pusara Ibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular gambar seorang pemuda baring bersebelahan pusara ibu tercinta sehingga mengundang reaksi sayu netizen selepas dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial.

Susulan gambar itu menjadi bualan ramai, akaun TikTok pemuda terbabit telah menjadi perhatian apabila masing-masing meninggalkan komen selepas melihat content luahan yang dibuat olehnya.


Artikel berkaitan: “Dia bentang tikar tidur tepi kuburan” – Kisah Pemuda Ziarah Pusara Ibu Ini Undang Sebak Netizen

“Cara saya dekat dengan umi”

Dia yang dikenali sebagai Abdul Azim Hasmandi, 28, mengakui bahawa dialah pemuda yang tidur di sisi pusara ibunya.

Katanya yang juga seorang penghantar makanan, pemergian ibu tersayang, Norlia Mahmood, 62, sekitar Jun lalu masih meninggalkan kesan mendalam sehingga hari ini, membuatkannya sentiasa ingin menziarahi kubur demi melepaskan rindu.

Menurut Abdul Azim, arwah ibunya meninggal dunia kerana kemalangan motosikal pada pagi Jumaat sebab mahu mengelak seorang pejalan kaki ketika pulang membeli barang basah untuk meniaga nasi lemak di Bandar Baru Bangi.

Screenshot 2024 11 27 105726

 

 

“Sebenarnya, ia salah satu cara untuk saya merasa dekat dengan umi selain sedekah Al-Fatihah dan baca Yasin sebab saya memang rapat dengan arwah. Kadang-kadang teringatlah pada dia.

“Banyak perkara tak dapat buat semasa dia hidup, jadi ini inisiatif saya sendiri seperti luang masa di kubur, bersihkan pusara, borak dan teman arwah. Sekurang-kurangnya rasa dekat walaupun berbeza alam,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan dan tanggapan dilemparkan terhadapnya, Abdul Azim berpandangan, adik-beradik yang lain terkejut apabila mengetahui dia sering berehat di kubur ibunya.

Bagaimanapun, dia sudah lama reda dengan ketentuan Ilahi sejak hari pertama arwah terbaring kaku di pinggir jalan sewaktu kemalangan, namun tidak dinafikan rindu yang paling berat adalah apabila kehilangan ibu.

@abdulazim0796

its been a long day without you.. #kehilanganumiuntukselamanya #hancurkehilanganumi #UmiWanitaYangTerbaik #anaklelakiumi #kehilanganumi #rinduUmi #umihebatku❤️ #SayangUmiSampaiSyurga #TungguAzimTauUmi #kehilanganorangtersayang #kehilanganmuberatbagiku #kehilanganumitercinta #alfatihahbuatmu #anaklelakiumiabi

♬ Harum Setangkai Doa – Inteam

Jelasnya, walaupun ada adik-beradiknya marah dengan tindakan baring di kawasan kubur, namun dia tidak menghiraukannya kerana itulah caranya menghadapi kehilangan.

“Jadi, macam-macam cara untuk ‘tapis’ kesedihan itu. Kalau buat perkara lain, saya tak mampu. Nak tak nak kena reda sebab ini cara saya hilangkan kesedihan.

“Saya dah tak dapat bercakap, lihat depan mata atau dengar gelak tawa umi selepas ini,” ujarnya lagi.

Difahamkan, Abdul Azim masih lagi menziarahi pusara ibunya. Mungkin sudah lama individu yang memuat naik gambar itu tidak melihatnya di kubur kerana datan menziarah pada waktu yang berbeza.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.