Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang influencer Indonesia yang dikenali sebagai Cut Intan Nabila mendedahkan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Dalam satu hantaran di Instagram, Intan memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di mana suaminya, Armor Toreador memukulnya dengan sangat teruk sehinggakan bayi yang baru dilahirkan juga ditendang.
Artikel berkaitan: “Kakak saya separuh m*ti” – Lelaki Ditahan Lepas Kes Pukul Kekasih Tular Di FB
Artikel berkaitan: Lepas Gagal Dihubungi, Pelakon Didakwa Pukul GF Akhirnya Beri Keterangan Kepada Polis
Menerusi posting tersebut, Intan berkata dia sudah 5 tahun bersabar dan akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu mendedahkan sisi sebenar suaminya itu.
View this post on Instagram
“Lima tahun berkahwin banyak nama wanita ‘mewarnai’ rumah tangga saya bahkan beberapa rakan saya.
Saya sudah berkali-kali memaafkan (suami) tapi tak pernah terbuka hatinya, ternyata benar kecurangan dan kekerasan rumah tangga tidak akan pernah berubah,” tulisnya di kapsyen.
Menurutnya, suaminya itu selalu berlaku curang dan ini merupakan kali pertama dia mendedahkan hal rumah tangganya itu.
Pun begitu, Polres Bogor menerusi satu hantaran di Instagram mengatakan suami kepada pempengaruh itu sudah pun berjaya ditangkap.
View this post on Instagram
Semoga dapat hukuman setimpal!