in

“Ini bukan benda mengarut” – Ibu ‘Pregnant’ Menangis Terharu, Hajat Naik Kereta Kebal Tercapai

wsregwq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang para ibu mengandung ini mengidam bukannya suka-suka tetapi perasaan itu sebenarnya datang dengan sendiri dan ia perlulah ditunaikan kerana sesetengah pendapat orang mengatakan bahawa ia mampu beri kesan kepada kandungan kelak. Betul ke?

Ada juga para ibu mengandung ini mengidam benda-benda yang kita rasa pelik dan unik sehingga ada sesetengah suami atau ibu sanggup mencari jalan untuk merealisasikan permintaan mereka.


Seperti baru-baru ini tular sebuah video berkenaan seorang wanita yang tiba-tiba mengidam untuk menaiki kereta kebal.

Mengidam nak naik kereta kebal

Video awalnya yang telah dikongsikan di laman Tiktok telah memaparkan perbualan antara ibu dan anak di WhatsApp berkenaan ibu mengandung tersebut yang mengidam untuk menaiki kereta kebal.

@ellysha_76

pagi2 kak ngah whtsap ibu..nk naik kereta kebal…mana ibu nak cari kak ngah oii .pelik2 mengidam dia..minta kuasa viral tik tok..bantu anak omma realisasikan impiannya…lepas mengidam jadilaa..#kuasaviraltiktok #angkatantenteramalaysia #tenteradaratmalaysia #keretakebal #fypシ

♬ bunyi asal – Fahmie Izwan – Fahmie Izwan

“pagi2 kak ngah whtsap ibu..nk naik kereta kebal…mana ibu nak cari kak ngah oii .pelik2 mengidam dia..minta kuasa viral tik tok..bantu anak omma realisasikan impiannya…lepas mengidam jadilaa.”

Video tersebut meraih perhatian netizen yang rata-rata daripada mereka memberi idea supaya wanita itu terus sahaja pergi ke mana-mana kem tentera dan meminta izin kepada pihak terbabit untuk menaiki kereta kebal yang diidamkan olehnya.

Hajat tercapai, tahan malu jumpa ATM

Wanita ini cekal menahan malu ke Kem Sungai Besi menyatakan hajat tersebut kepada anggota yang bertugas. Atas usaha yang diberikan olehnya, akhirnya pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membenarkan wanita dan keluarganya menaiki kereta kebal tersebut.

Terlihat juga di dalam video tersebut, wanita itu menangis terharu apabila hajatnya untuk menaiki kereta kebal tercapai. Min pun sekali terharu!

https://www.tiktok.com/@omma_ellysha76/video/7138030663436930330?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

“Omma pernah melalui fasa mengidam…Omma tau….apa rasa bila hajat tak tercapai..”

https://www.tiktok.com/@omma_ellysha76/video/7138031898416270618?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Mereke sekeluarga juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ATM yang sudi membenarkan mereka merealisasikan hajat seorang ibu mengandung yang ingin menaiki kereta kebal.

@ellysha_76

♬ Gemuruh – Faizal Tahir

Min doakan agar anak yang dikandung itu dilahirkan sihat tubuh badan dan menjadi anak yang berjaya suatu hari nanti. Terima kasih ATM!

Baca: “Apa rasanya?” – Wanita ‘Pregnant’ Mengidam Nak Makan Beras Jadi Bualan Netizen

Screenshot 2022 09 01 at 2.33.48 PM

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.