Kalau ditanya para emak dengan harga barangan runcit seperti minyak masak yang kian meningkat, pastinya ada di antara mereka terpaksa memilih untuk menggunakan minyak masak yang terpakai berulang kali.
Walau bagaimanapun, korang tahu tak rupanya tindakan ni sangat membahayakan? Alamak…
Boleh mengundang risiko dapat pelbagai penyakit
Menerusi perkongsian Dr Samhan di Twitter, penggunaan minyak masak secara berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit seperti:
- Atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat jadi keras & tebal)
- Penyakit hati
- Penyakit jantung
- Alzheimer
- Parkinson
- Barah
Hal ini kerana semasa menggoreng, minyak masak telah melepaskan sisa toksik yang dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula menyerap sisa toksik itu.
Nak guna minyak masak terpakai boleh tapi…
Bagi korang yang nak guna minyak masak terpakai, sebenarnya boleh saja tetapi dinasihatkan untuk elakkan perkara-perkara seperti berikut:
minyak berkenaan perlu dibuang.
✅ Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) June 5, 2022
✅ Elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
✅ Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) June 5, 2022
dijadikan biodisel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan.
Kongsikan info penting ini pada yang lain supaya lebih ramai tahu bahaya guna minyak masak berulang kali.
Nota: Saya juga banyak berkongsi ilmu kesihatan di channel telegram saya ?https://t.co/dolwJ4E1nw
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) June 5, 2022
Sebaiknya korang yang gunakan minyak masak berulang kali ini ambillah nasihat dari doktor ini dan kurangkan penggunaan. Jimat memang jimat tapi kesihatan lagi penting.
Baca: [VIDEO] Wanita Ini ‘Share’ Fungsi Tab Tarik Dalam Botol Minyak Yang Ramai Selalu Buang