Penyanyi popular Kelantan, Eda Ezrin yang terkenal dengan lagu berjudul Cinta Setandan Pisang (Bea Soba Bea) perlu berada di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand sehingga 6 Ogos ini iaitu hingga awal bulan hadapan.
Ini kerana tempoh penahanan penyanyi itu beserta suami dan empat lagi rakan dilanjutlan sehingga tarikh tersebut selepas permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap keputusan membebaskan kesemua mereka telah diluluskan oleh mahkamah wilayah Narathiwat, lapor Buletin TV3.
Namun, difahamkan, kelulusan ini adalah yang kali terakhir kerana pihak mahkamah di wilayah itu mahu pihak pendakwa raya membuat keputusan terhadap status kes tersebut dengan segera.
Untuk rekod, penyanyi lagu Bea Soba Bea itu dan suami beserta beberapa orang rakan mereka telah ditahan di Narathiwat selama beberapa bulan kerana dituduh memiliki ribuan pil dadah ketika berada di negara itu.
Sumber: Buletin TV3, Kosmo