in

Ini 7 Selebriti Malaysia Pernah Tersenarai Dalam 100 Wajah Paling Tampan & Cantik Di Dunia

Cats 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni, orang yang berwajah hensem dan lawa memang dipandang tinggi oleh kebanyakan orang. Mana taknya, manusia secara fitrahnya memang suka tengok benda-benda yang cantik dan memukau mata.

Sampaikan, setiap tahun orang akan undi selebriti pilihan dorang untuk dicalonkan dalam senarai 100 wajah paling tampan dan cantik di dunia. Tahu tak korang, orang Malaysia pun pernah ada dalam list tu tau! Kalau nak tahu siapa dorang, korang boleh baca je dekat bawah ni.  


1. Dr Soo Wincci 

Biodata Soo Wincci. Profail Dan Latar Belakang

Selebriti jelita ni boleh dikatakan wanita yang cukup sempurna. Sebabnya, dia bukan saja cantik malah, siap ada gelaran Profesor Madya tau! Belum cakap lagi yang dia ni juga merupakan penyanyi dan bekas ratu cantik Malaysia pada tahun 2008.

Disebabkan tu, dia berjaya mendapat tempat dalam Top 100 wanita paling cantik di dunia yang dianjurkan oleh Independent Critics pada tahun 2013. Lebih tepat lagi, dia memperoleh tempat ke-91 mengalahkan beberapa artis Hollywood lain seperti Rosie Huntington-Whiteley dan Amanda Seyfried.

2. Henry Golding

071218 Henry Golding Hollywood Hunk Lead 2000 1D6F3049B6Da4Be8Ae18C5A6F33711A8

Pada mulanya, ramai tak percaya bahawa pelakon utama Crazy Rich Asians ni sebenarnya merupakan orang Malaysia tau! Dia dilahirkan di Betong, Sarawak di mana ibunya berketurunan Iban Dayak dan ayahnya adalah orang British.

Golding yang juga merupakan bintang filem dan pengacara TV turut tersenarai dalam 100 Jejaka Paling Kacak Dunia edisi 2018 dengan menduduki tangga ke-84.

Tak cukup dengan tu, dia juga memperoleh tempat ke-9 dalam 10 lelaki paling kacak dunia berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan oleh seorang doktor bedah kosmetik, Dr Julian De Silva awal tahun ni.

Artikel berkaitan: 9 Artis Lelaki Malaysia Berdarah Kacukan Buat Hati Anda Tertawan

3. Mira Filzah

Mira Filzah 1 6 819X1024 1

Kecantikan dan kejelitaan Mira Filzah ni memang tak dapat dipersoalkan. Dia merupakan seorang pelakon dan pengacara Malaysia yang pernah membintangi beberapa drama trending tempatan seperti Pujaan Hati Kanda dan Sweet Dreams.

Selain tu, dia juga dah banyak menang anugerah seperti Bintang Paling Popular dan Artis Baharu MeleTOP sejak memulakan kariernya seawal usia 17 tahun lagi.

Mira juga tercalon dalam senarai 100 wajah paling cantik untuk kategori wanita pada tahun 2020. Apa yang membanggakan, dia merupakan antara wanita berhijab di dunia yang pernah tersenarai dalam list tersebut.

4. Fattah Amin

287425606 2183044671854581 1554924452909328435 N

Pelakon dan model Malaysia ni memang layak digelar lelaki paling kacak di dunia. Dahlah tinggi, berbadan sasa dan hebat berlakon membuatkannya digilai ramai wanita. Namun, hanya Fazura yang juga pernah tercalon dalam list tu berjaya menambat hati jejaka ni.

Fattah yang pernah membintangi filem dan drama popular seperti Mat Kilau dan Suri Hari Mr. Pilot juga merupakan juara Hero Remaja edisi 2011/2012.

Sejak itu, dia berjaya meraih populariti sehinggakan namanya tersenarai dalam 100 Jejaka Paling Kacak tahun 2020 anjuran TC Candler. Yang hebatnya, dia juga bertanding dengan beberapa selebriti yang tak kalah hensemnya seperti Leonardo DiCaprio dan Chris Evans.

5. Tabby DOLLA

0844F7F3Cda05Ddcc553Da4Eec67A5C0

Siapa sangka, wanita Malaysia yang merupakan seorang penyanyi dan penari ini juga pernah tersenarai dalam 100 Wajah Tercantik pada tahun 2021 oleh TC Candler. Tabby atau nama sebenarnya, Tabitha Ariel Lam memulakan kariernya dalam kumpulan ala k-pop, DOLLA bersama tiga orang ahli lain iaitu Syasya, Sabronzo dan Angel sejak 2019.

Selain dia, terdapat juga beberapa nama popular lain yang turut tersenarai dalam list tersebut seperti Rose, Raisa dan Ayu Ting Ting.

Artikel berkaitan: Top 10 Wanita Paling Cantik Di Dunia Tahun 2023, Siapa No.1 Tu?

6. Meerqeen

Kos Meerqeen 22 1

Walaupun baru berkecimpung dalam dunia hiburan, nama dan popularitinya kini kian menaik mengalahkan beberapa selebriti Malaysia sejak dia memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Hero Remaja 2019/2020.

Disebabkan tu, wajahnya yang tampan sering kali dilihat dalam beberapa drama tempatan seperti Angkara Cinta dan Nenek Bongkok Tiga.

Meskipun dianggap sebagai pelakon amatur, itu tak menghalangnya untuk menjadi wakil tunggal lelaki yang layak dalam senarai 100 lelaki paling kacak dunia pada tahun 2022. Lebih tepat lagi, dia berjaya menduduki tempat ke-55 mengalahkan beberapa selebriti terkenal yang lain. Menariknya, Anna Jobling yang selalu di-ship-kan dengannya turut berada dalam senarai tersebut.

7. Anna Jobling

Fbe44222Cdc777Cf5A7D26D826F61E88

Sama cantik sama padan, Anna Jobling yang pernah digandingkan dengan Meerqeen dalam drama Melur Untuk Firdaus turut mengungguli senarai 100 Wanita Paling Cantik 2022.

Pelakon kacukan Malaysia-Inggeris ni juga pernah menyertai program Dewi Remaja edisi 2018/2019 dan memperoleh tempat keempat dalam pertandingan tersebut. Dari situ, dia telah berlakon dalam beberapa drama yang sedikit sebanyak menaikkan namanya seperti Keluarga Baha Don dan Mr. Millennium.

Kalau korang nak tahu, dia mendapat tempat ke-84 dalam list tersebut di mana ketika itu LISA dari kumpulan k-pop, BLACKPINK memenangi tempat pertama.

Sumber: Harian Metro, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.