Di Malaysia, kerajaan menganggarkan bilangan orang kelainan upaya (OKU) mencecah angka 4.86 milion, termasuk yang tidak berdaftar, dan ini bermakna sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kita perlu mengenali dan ambil tahu tentang mereka yang mempunyai kelainan upaya ini.
Baru-baru ini, seorang wanita OKU pendengaran berkongsi tujuh jenis atau klasifikasi OKU di Malaysia;
@aaaaaaty73 kod bagi kategori OKU ?.
Dia juga berkongsi kod serta bahasa isyarat untuk kategori-kategori tersebut;
- DE – deaf (pekak)
- BL – blind (buta)
- SD – speech disability (pertuturan)
- PH – physical (fizikal)
- LD – learning disability (pembelajaran)
- ME – mental
- MD – multiple disability (pelbagai)
Perkongsian itu setakat ini mendapat lebih 340k tontotan, 37k likes serta lebih 900 komen.
“Setiap kekurangan pasti ada kelebihan. teruskan vid bahasa isyarat”
Netizen memberikan respon yang positif kepada video tersebut, ramai juga yang mengatakan ia merupakan sebuah inisiatif yang baik dan membuatkan rakyat Malaysia lebih peka dengan kehadiran OKU dan cara untuk berinteraksi dengan mereka.
OKU juga manusia, jangan sesekali merendahkan mereka ok?
Baca: “Miscommunication”, ZUS Coffee Minta Maaf Lepas Dituduh Diskriminasi Golongan OKU