in

Ini 5 Punca Kenapa Ramai Orang Naik Berat Badan Lepas Kahwin

collage 58

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya bila lepas kahwin, kita selalu tengok baik lelaki mahu pun wanita mesti akan naik berat badan kan? Benda ni common sangat berlaku sampai kalau kita tegur orang atau orang tegur kita, mesti dah ada jawapan, “bahagia”.

Bukan tu je, menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 2012 oleh Obesity, wanita berusia awal 20-an yang baru berkahwin akan naik berat badan sebanyak 10kg dalam masa lima tahun pertama perkahwinan manakala lelaki pula akan naik sebanyak 13kg.


Tapi korang pernah tertanya-tanya tak, kenapa badan korang atau orang di sekeliling naik lepas kahwin? Apa puncanya? Jom baca artikel ni kalau korang nak tahu.

1. Pasangan boleh mempengaruhi satu sama lain

79509602.cms

Biasanya, pasangan yang dah berkahwin akan makan sama-sama kebanyakan masanya dan jarang makan makanan yang biasa makan sebab salah seorang mesti ada teringin nak makan something.

Kalau korang nak tahu, pengaruh pasangan terhadap keputusan untuk makan adalah faktor terbesar yang menyumbang kepada kenaikan berat badan.

2. Tak ada ‘pressure’ cari jodoh

tumblr mr2vlim2Ts1s8hnhko1 500

Lepas berkahwin biasanya korang akan let go sedikit diri korang disebabkan tak ada tekanan untuk mencari jodoh. Pasangan yang bahagia, puas hati dan rasa selamat dengan perkahwinan dorang akan ada risiko untuk naik berat badan sebab pressure untuk kelihatan menawan bagi menarik perhatian orang macam masa zaman bujang dah tak ada.

3. Selalu makan luar

dating sweet

Biasanya, pasangan yang baru berkahwin ni nak enjoy dulu waktu awal perkahwinan ni dan tak nak sangat buat kerja rumah atau memasak. Jadi, dorang selalu nak keluar dating dan makan di luar dan biasanya tak kisah dengan jumlah makanan yang dorang makan. Sebab tu, kebanyakan pasangan naik berat badan pada awal perkahwinan.

4. Stress

1c16925810a7b95e0da6cdbcf2

Bila dah berkahwin ni, sedikit sebanyak kehidupan korang akan berubah dan masa ni lah korang nak adjust diri antara satu sama lain. Jadi bila pasangan korang ada tabiat yang tak kena dengan korang, sedikit sebanyak akan menimbulkan stress.

Selain itu, korang juga akan rasa pressure untuk ambil hari mertua dan ipar duai yang juga boleh meningkatkan tekanan.

Bila tertekan, secara tak langsung korang punya pemakanan pun jadi tak teratur dan stress juga memang terbukti boleh mempengaruhi kadar metabolisme dan kenaikan berat badan tau!

5. Banyak habiskan masa di rumah

tumblr 06ce4e77f85fbcb0f1c17ce03522d8d3 0f2ff570 500

Biasanya, orang yang masih single ini gemar menghabiskan masa lapang dorang dekat luar rumah. Tapi lepas kahwin, ramai yang prefer duduk di rumah. Bila kat rumah tu, dah sah sah lah tak bersenam kan? Jadi bila tak buat banyak aktiviti yang sihat dan makan pun makin banyak, berat badan pun akan mula lah naik.

Cara elak berat badan naik lepas kahwin

senaman1 1601693107

Pasangan yang berkahwin patut sedar dengan risiko untuk berat badan meningkat selepas berkahwin. Kalau dibiarkan, ia boleh memudaratkan diri sendiri dan kesihatan. Jadi apa yang korang boleh buat?

Macam min cakap pada point pertama tadi, pasangan berkahwin boleh mempengaruhi satu sama lain, jadi korang boleh influence pasangan korang untuk membuat pilihan yang sihat macam kurangkan makan di luar, lebihkan makanan-makanan yang bernutrisi tinggi serta ajak pasangan korang untuk bersenam sama-sama di gym mahu pun di taman.

Korang tak patut biarkan je berat badan naik, lagi-lagi berat badan ni nak naik senang tapi nak turun punyalah susah. Jangan sampai korang tak sedar dan jadi obese pulak!

 

Baca: [VIDEO] Wanita Kongsi 7 Tip Diet Turunkan Berat Badan Lebih 10kg Ketika Ramadan

tip diet turun berat badan ketika berpuasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.