in

“Ingatkan Pokemon” – Uncle Ini Bawa Kura-Kura Gergasi Berjalan, Siap Ikat Dengan Tali!

cats 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai dalam kalangan kita yang menjadikan aktiviti membela haiwan sebagai hobi dan peneman hidup. Haiwan peliharaan boleh diibaratkan sebagai ahli keluarga memandangkan hari-hari kita diluangkan bersama haiwan yang dipelihara.

Di Malaysia, kebiasaannya kita akan membela kucing atau anjing sebagai haiwan peliharaan. Namun tidak buat uncle ini yang dilihat membela kura-kura gergasi oleh seorang netizen. Kura-kura?!


1 9

2 6

Seorang pengguna Twitter, @AbangCJ ada berkongsikan dua keping gambar yang melihatkan seorang lelaki sedang membawa kura-kuranya berjalan di sekitar perkarangan rumah.

Jika rata-rata daripada kita sering khuatir haiwan peliharaan boleh hilang atau dicuri, lelaki ini mungkin tidak perlu risau akan masalah tersebut. Kura-kura beliau terlalu berat untuk dicuri, dan terlalu perlahan untuk lari dari rumah.

Baca tweet penuh di sini:

Bagaimanapun, lokasi kawasan perumahan tersebut masih tidak dipastikan oleh netizen. Namun melihatkan kereta tempatan di dalam gambar tersebut, lokasi ini dipercayai berada di dalam Malaysia.

Dah macam bela Pokemon pula!

 

BACA: Kura-Kura Mati Tinggal Tulang Lepas Ditinggalkan Selama 8 Bulan Akibat Covid-19

Capture 32

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.