Nak buat sesuatu perniagaan ni bukan benda yang mudah, lagi-lagi bila berniaga makanan. Zaman sekarang ni memang ramai sangat orang buka kedai makan dan persaingan pun memang sangat tinggi.
Macam baru-baru ini, seorang peniaga telah memuat naik satu video menunjukkan kedai maggi ketam yang dibuka di Puchong kosong tanpa pelanggan.
Ya Allah, Mu bantulah aku. Kedai kosong. Yang ada ni semua staff je.”
“Nampak macam batu nisan”
@eila_theseafood Sedih tak boleh nak ucap 😭#fypdongggggggg #fypシ #kedaiviral #restoranmaggiketampower
Video yang dimuat naik di TikTok oleh @eila_theseafood ini telah mendapat lebih 6 juta tontonan dan turut dikongsikan di platform media sosial yang lain.
Ini kerana, menerusi ruangan komen ramai netizen yang mengatakan dorang nampak kawasan kedai yang dikongsikan oleh pemilik restoran ini seperti kawasan kubur. Min pun nampak benda yang sama.
Rata-rata netizen mengatakan, meja dan kerusi yang ditunjukkan pada permulaan video dilihat seperti batu nisan sehinggakan ada yang menyangka kedai ini terletak bersebelahan dengan kawasan kubur.
Namun begitu, bila dorang ulang video untuk kali kedua barulah nampak yang “batu nisan” tadi hanyalah meja dan kerusi kosong. Uishhhh
Disebabkan ini, ada netizen yang membuat spekulasi bahawa kedai ini telah diganggu benda “benda jahat” dan ada juga yang cakap kedai ini kosong ekoran harga makanan yang agak mahal.
Sekarang pun tengah akhir bulan mungkin ramai yang prefer makan di rumah sebab nak jimat duit. Tapi korang nampak tak kubur tu?
Baca: Dakwa Makanan Tak Sedap & Lebihkan Geng Artis, Pelawak Gaduh Dengan Pelanggan Restoran?