Selain berkongsi di media sosial mengenai kejadian terkini yang menimpa rakyat Palestin, berdoa, mengibarkan bendera serta menggunakan atau memakai pakaian yang bertemakan bendera Palestin juga sebahagian daripada cara untuk wujudkan awareness sebagai tanda solidariti.
Sudah semestinya, ramai juga akan bantu dalam mempromosikan segala barangan seperti mafla, baju dan apa-apa pakaian yang bertemakan Palestin. Namun begitu cara pelakon Emma Maembong ini melakukan promosi membuatkan netizen kurang senang melihatnya.
Artikel Berkaitan : [VIDEO] Emma Maembong Kongsi Cara Mudah Buang Dakwat Mengundi Raih Perhatian Netizen
Artikel Berkaitan : Rupanya Tulisan Pada Ilustrasi Sejarah Melayu Terpanjang Di Dunia Ini Milik Emma Maembong
Dalam video tersebut, Emma Maembong dilihat menari-nari sambil memakai hoodie bercorak bendera Palestin, dalam video itu juga kelihatan keluarganya muncul bersama dan ikut menari dengannya.
Video tersebut difahamkan untuk mempromosikan hoodie tersebut, menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terpikat dengan hoodie itu dan ingin membelinya.
View this post on Instagram
Namun begitu, ada yang kurang berkenan dengan cara promosi menggunakan tarian itu kerana bagi mereka ia seperti kurang bersesuaian dengan insiden yang menyedihkan menimpa warga Palestin.
Hurm, tapi min suka tengok hoodie tu, Kita tengok hoodie je la, support untuk beli dan sebagai tanda sokongan kita terhadap saudara sesama Islam di sana.
Sumber : Instagram