in

“Ingat manusia je layan superhero” – Remaja Digigit Hamster Masa Tonton Spider-Man: No Way Home Di Pawagam

f2 wt spiderman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa antara korang yang dah tonton filem terbaru Spider-Man: No Way Home? Dengar kata memang best betul dan rugi kalau belum tengok. Peminat Marvel memang wajib pergi wayang dan tonton filem ni.

Namun, dalam kita bersuka ria untuk menonton filem kegemaran ramai ni, diingatkan juga untuk selalu perhatikan keadaan dalam pawagam tu sebab ada seorang peminat filem tersebut di Amerika digigit seekor hamster ketika sedang syok menonton Spider-Man!


wt spiderman 4

Menurut Mirror UK, remaja itu baru sahaja mula menonton selama 10 minit apabila dia dan rakan-rakannya ternampak seekor haiwan seperti tikus berlari-lari dalam panggung wayang itu.

Jadi, kesemua mereka pun mula untuk mengangkat dan letakkan kaki di atas kerusi sebab tak mahu terganggu oleh haiwan terbabit.

wt spiderman 2

Namun, salah seorang daripada mereka kemudiannya menghulurkan tangan untuk mengambil bekas bertih jagung yang diletakkan di lantai dan di situ lah dia tiba-tiba digigit oleh seekor hamster pada bahagian jari.

Nasib baik, mangsa diberi bayaran balik (refund) untuk tiket dan popcorn oleh staf pawagam. Kalau tak, membazir je duit dan masa remaja tu nak tonton Spider-Man pada hari tersebut. 

Rupanya, hamster tu memang dah hilang dalam kawasan panggung wayang tu selama beberapa hari, namun siapa pemilik sebenar haiwan itu masih belum diketahui. Mungkin jugak ada penonton sebelum tu yang berjaya seludup dan bawa masuk hamster tu ke sana tanpa pengetahuan staf namun ia larikan diri. 

Nasib baik bukan labah-labah yang gigit budak tu, kalau tak, dengan dia-dia sekali jadi Spider-Man. 

Sumber: Mirror UK, LadBible

Baca: Perit! Tiket Kena Cancel Lepas Redah 13 Jam Perjalanan Demi ‘Spider-Man: No Way Home’

wt spiderman 1

Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.