Orang timur ni kaya dengan adab dan santun. Dari kecil kita sering diajar untuk menghormati ibu bapa, orang tua dan guru. Walaupun kita rasa ada yang salah, menegur juga perlu dengan adab.
Pun begitu, selain golongan elit yang telah menerima kecaman yang agak dahsyat, pelajar-pelajar universiti pun tak kurang hebatnya.
Baru-baru ni, seorang netizen telah memuat naik satu screenshot perbualan di grup WhatsApp menunjukkan seorang pelajar telah menegur pensyarahnya dengan bahasa yang agak biadap kerana disuruh hadir kelas atas talian waktu cuti.
Student nowadays. Dgn lecturer pun mcm ni gaya bercakap. Adab pun hilang. pic.twitter.com/igTUiBggHH
— usop oppa (@TheUsopIbrahim) April 12, 2020
Ekoran dari ini, ramai netizen meluahkan rasa kurang senang dorang dengan cara pelajar ini membelas mesej pensyarah tersebut. Lagi-lagi bila dia sound dalam grup dan semua orang boleh baca.
Sabar je lah…