in

“Ingat lagi art ni?” – Lelaki Kongsikan 4 Seni Zaman Sekolah Buat Ramai Terkenang

FI ART

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekolah merupakan antara zaman kenangan manis yang paling diingati ramai. Pada zaman ini jugalah murid akan menghabiskan waktu di sekolah sepanjang hari dan cipta memori pahit manis terutamanya dengan kawan-kawan. Punyalah sibuk kat sekolah sampai ada yang tak nak balik rumah!

Kalau kita flashback kembali zaman sekolah dahulu, confirm kita akan rindu dengan lori Milo, ‘check’ gigi, latihan kebakaran, sambutan Hari Guru, Hari Kantin dan banyak lagilah.


Korang ingat lagi tak waktu subjek Pendidikan Seni Visual, macam-macam ‘art berat’ yang student akan buat. Waktu ni lah student akan tonjolkan kreativiti dan bakat seni yang dorang ada. Baru-baru ni, trending dekat Twitter perkongsian gambar dari @fiihazmii tentang seni zaman sekolah dulu.

Sekarang ni, jom min sharekan kat korang 4 seni zaman sekolah yang buat ramai terkenang!

1. Seni Capan

capan

Seni atau teknik capan dengan menggunakan sayur seperti bendi dan batang daun pisang memang terkenal antara murid sekolah. Bendi tu akan dipotong dan akan dicelup water colour sebelum ditekapkan atas kertas. Kalau pergi kedai tu, mesti korang akan mintak mak untuk beli sayur lebih kan?

2. Seni Ukiran Kentang

kentang

Seni ukiran kentang ni memang ramai yang minat sebab dekat kentang tu boleh diukir macam-macam bentuk. Seni ni simple je. Hanya ukir bentuk favourite korang dan macam biasa celup kat water colour sebelum tekap atas kertas. Memang cun habis hasilnya!

3. Seni Anyaman

anyam 1 1

Seni anyaman pula nampak mudah tapi untuk setengah orang memang menguji kesabaran. Seni ni hanya memerlukan kertas pelbagai warna, kertas A4 dan juga pisau kecil. Gunting kertas A4 tu kepada beberapa garis dan selang selikan kertas berwarna. Menarik kan?

4. Seni Kolaj

kolaj

Seni kolaj ni pulak antara seni yang paling mudah dan tak renyah untuk dibuat. Selalunya murid hanya perlu beli pelbagai kertas warna dan dicarik-carikkan kepada kepingan kecil untuk ditampal pada lukisan atas kertas A4. Min teka mesti seni ni yang korang paling suka kan?

Hmm, rindunya seni ni! Kalau ada mesin masa, korang nak tak pergi ke zaman sekolah balik?

Baca: “Setiap hari tukar design” – Tunjuk Bakat Guna Vacuum & Karpet, Hasil Seni Lelaki Ini Dapat Perhatian”

seni 1

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: YouTube
Sumber: WordPress

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.