Sebelum ini, seragam atlet Malaysia yang akan ke Perancis untuk Olimpik Paris mendapat kecaman hebat sehinggakan pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menukar rekaan seragam tersebut.
Terbaru, kelihatan negara jiran kita iaitu Thailand juga mengalami masalah yang sama, di mana jaket seragam buat atlet mereka yang bakal ke Olimpik Paris dikecam oleh netizen tempatan.
Artikel berkaitan: Atlet Bawa Balik Emas Olimpik Paris Bakal Terima Apartment Bernilai RM1 Juta
Artikel berkaitan: “Pakaian rasmi baharu” – Kontinjen Malaysia Dapat ‘Belang’ Baru Untuk Olimpik Paris 2024
Jaket yang diperagakan oleh pemain badminton Thailand, Sapsiree Taerattanachai ialah baju berwarna biru yang diperbuat daripada sutera yang berwarna biru seperti di bendera Thailand.
Seragam itu mencetuskan perbualan hangat di media sosial selepas pelancarannya, ramai netizen mengkritiknya kerana mereka merasakan reka bentuk itu ketinggalan zaman dan ada juga yang kecewa kerana pakaian itu tidak mewakili ‘kelembutan’ seni Thai.
“Pakaian itu cerminkan warisan Thai” – PM Thailand
Bagaimanapun, menurut laporan Bangkok Post, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mempertahankan reka bentuk pakaian seragam itu.
Beliau berkata penghormatan harus diberikan kepada mereka yang mereka bentuk pakaian seragam itu dan menyeru semua orang supaya tidak mempedulikan isu remeh.
PM Srettha juga membuat hantaran di Facebook miliknya Rabu lalu untuk mempertahankan pakaian seragam atlet Thailand itu.
“Corak dari Tapak Sejarah Dunia Ban Chiang memberi inspirasi kepada pasukan reka bentuk. Pakaian itu mencerminkan gabungan warisan budaya Thai dan pengantarabangsaan,” tulisnya.
Baginya, rekaan pakaian seragam itu kelihatan moden dan sesuai untuk pentas dunia.
Sumber: Bangkok Post