Filem komedi Tiga Janda Melawan Dunia telah ditayangkan pada 19 Mei 2022 lepas dan ternyata filem tempatan yang diedarkan oleh Golden Screen Cinemas ini telah mendapat sambutan positif daripada penonton.
Namun begitu, timbul pula satu isu apabila ada salah seorang vlogger yang terkenal dalam membuat review filem @zhafvlog dilihat kurang gemar menonton salah satu babak filem tersebut.
Cuba kalau benda camni terjadi pada kaum wanita, malu weh.”
Dalam salah satu babak filem tersebut, dikatakan ada babak yang menunjukkan Norman Hakim yang membawa watak Aiman Zailini separuh bogel dengan menayangkan tubuh badan sasanya.
Dilihat 3 pelakon utama iaitu Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura begitu teruja melihatnya. Jadi, menurut Zaf, ia adalah satu perkara yang memalukan seandainya wanita diperlakukan sedemikian rupa.
Astaghfirullahalazim, cuba kalau benda camni terjadi pada kaum wanita 🤦🏼♂️ malu weh tsk tsk tsk pic.twitter.com/vk1NXHXpbY
— #ZHAFVLOG (@zhafvlog) May 24, 2022
Tak senonoh – Netizen
Disebabkan itu, ada netizen yang sependapat dengannya dan anggap ianya satu perkara yang tak senonoh.
Biarpun baginya babak itu tidak wajar, Zhaf bagaimanapun menyatakan bahawa filem ini berkualiti tinggi dan memberikan rating 5/5 untuk filem ini.
Malah, ada juga netizen yang lebih berfikiran terbuka dengan mengatakan babak ini sebenarnya sangat melucukan.
Filem Tiga Janda Melawan Dunia merupakan sebuah filem komedi dan aksi Malaysia arahan Hyrul Anuar terbitan Golden Screen Cinemas. Ia dibintangi oleh Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura, Norman Hakim, Rosnah Mat Aris, Ellyza Azizi dan Abbas Mahmood. Filem ini mengisahkan tentang tiga janda yang berusaha untuk mengumpul duit untuk membeli tiket konsert terakhir penyanyi kegemaran mereka, Aiman Zalin.
Baca : Penulis Skrip Filem ‘Tiga Janda Melawan Dunia’ Terkilan, Dakwa Tidak Dijemput Ke Malam ‘Premier’?