Tindakan ganas seorang wanita yang menjahanamkan kereta sendiri sebelum ditarik telah menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Menerusi video yang ditularkan itu, wanita terbabit bertindak memecahkan cermin kereta menggunakan batu bata didakwa tidak berpuas hati kerana ada pihak cuba menarik keretanya.
Dia merosakkan bahagian kereta itu kerana ia merupakan hasil daripada duit peluh pemilik selama ini membuat kemasan pada kereta terbabit.
Kelihatan juga seorang individu lelaki membantu wanita terbabit merosakkan kereta tersebut.
Artikel berkaitan: “First time tengok” – Orang Ramai Terpegun Tengok Penunggang Motosikal Ini Tunda MPV Guna Sebelah Kaki
Artikel berkaitan: [VIDEO] Kereta Terbabas Masuk Semak, Cara Wanita Ini Tenangkan Diri Buat Netizen Tergelak
Dapat dilihat, bahagian belakang lori penunda mengalami kemek yang teruk, dipercayai berlaku pelanggaran di antara kedua-dua pihak.
Menurut seorang pengguna yang memuat naik hantaran video itu, kereta tersebut juga dipercayai sudah lapan bulan tidak dibayar kepada bank.
“Sendiri tak bayar sendiri marah. Kereta dah kena cangkuk luar pagar, owner pergi start kereta turun dari towing masuk rumah dia. Sebab tu bumper pun pecah.
“Blacklist lah nama kau sampai tua, usedcar pun tak nak beli kalau kena lelong. Owner dah miskin, sebab tu tak bayar monthly.
“Dengar cerita 8 bulan huhu, naya towing pun kemek kena langgar,” katanya.
Bagaimanapun, ada sumber lain mengatakan kereta berkenaan dimiliki secara ‘sambung bayar’ daripada seorang individu lain. Namun pemilik kereta sebenar didakwa tidak membayar wang yang diterima kepada pihak bank.
Tak rasa rugi ke?
Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita terbabit kerana itu perbuatan yang sia-sia sahaja dan akan membuatkan kereta tersebut tidak dapat dilelong dengan harga sepatutnya bagi membantu dia mengurangkan bebanan hutang bank.
Ada yang mengatakan wanita tersebut akan disenarai hitam untuk selamanya dan berpendapat dia akan kerugian kerana akan menanggung kos besar pada kemudian hari.
Kalau sedang berdepan dengan masalah kewangan, lebih baik berbincang dengan pihak berkaitan untuk cari jalan penyelesaian daripada terjadi perbuatan sia-sia macam ni.