in

Individu Terkejut Tuan Rumah ‘Offer’ Sewa Bulanan RM170, Hanya Letak Katil ‘Single’ Di Ruang Tamu

Ft Bilik Sewa Ruang Tamu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sebab kenapa kita mahu mencari bilik sewa secara bersendirian, selain daripada menjadi tempat untuk kita meletakkan barang yang mungkin banyak, ia adalah tempat untuk mendapatkan privasi kita.

Namun begitu, ada segelintir ejen atau tuan rumah cuba mengambil kesempatan untuk raih pendapatan lebih tanpa memikirkan kebajikan penyewanya.


Artikel berkaitan : Rakyat Malaysia Di Singapura Pasrah Sewa Bilik Harga RM2,300, Hanya Ada Tilam Atas Lantai

Artikel berkaitan : “Indah khabar dari rupa” – Wanita Garu Kepala Sewa Bilik Airbnb Betul-betul Dalam Restoran

Dalam satu perkongsian di Facebook, satu foto tangkap layar mesej perbualan antara calon penyewa dan tuan rumah jadi tular. Dalam foto tersebut individu dikatakan penyewa sedang mencari bilik sewa yang hanya memerlukan seorang penghuni.

Tuan rumah tersebut menunjukkan gambar yang hanya menempatkan sebiji katil single tanpa menunjukkan keadaan di sekeliling bilik. Caj yang dikenakan adalah RM 170 sebulan. Tanpa diduga rupanya tempat yang ditunjukkan itu adalah ruang tamu!

442437759 855125103313266 3323096959790939041 N

Malah dikatakan, penyewa seperti dibiarkan tidur dalam keadaan terbuka sebegitu tanpa almari atau sebarang penghadang. Tergamam dengan apa yang ditawarkan, calon penyewa hanya memberikan ucapan sinis buat tuan rumah.

Biarpun harga murah, ramai netizen anggap tindakan tuan rumah agak keterlaluan, di ruangan komen ada yang memihak kepada tuan rumah tetapi ia dibangkang oleh orang ramai, ini kerana privasi terganggu seperti salin baju dan sebagainya.

Bahkan, ada juga yang anggap ia mengundang bahaya terutamanya jika penyewa itu orang perempuan.

Screenshot 2024 05 23 143128 Screenshot 2024 05 23 143156 Screenshot 2024 05 23 143242

Teruknya kalau dia buat macam tu, kalau buat penghadang tu, mungkin boleh lah lagi tutup sebelah mata., buat-buat lepas untuk berteduh sementara nak cari tempat baru.

Sumber : Facebook

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.