in

Individu Buat Servis Ambil Gambar Sekitar KLCC Mengaku Orang Malaysia Undang Pertikaian Netizen?

syaz ft 2025 02 17T130418.067

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, terdapat satu lagi servis yang makin berleluasa di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur di mana terdapat individu yang menawarkan servis mengambil gambar di lokasi tumpuan pelancong seperti Menara Berkembar Petronas serta Pintasan Saloma.

Meskipun ia kedengaran seperti servis yang biasa, namun ia biasanya dilakukan oleh individu yang diragui kerakyatannya.


Artikel berkaitan: 18 Pengemis Warga Asing Ditahan, Raih Sehingga RM600 Sehari Di Pasar Malam

Artikel berkaitan: Cuba Serang Anggota Maritim Punca 5 Lelaki Warga Asing Ditembak Di Morib

Terbaru, tular lagi sebuah video di TikTok memaparkan seorang individu menawarkan servis sama, apabila ditanya individu berkenaan berkata dia merupakan orang FIlipina-Malaysia.

@cucimas77

Kebanjiran warga asing yg tawarkan servis di depan klcc dan saloma bridge, dbkl tlong pantau#dbkl #klcc #wargaasingbesarkepala #wargaasingkurangajar #wargaasingklcc

♬ original sound – CuciMas – CuciMas

Video yang tular itu mendapat perhatian netizen, rata-rata mempersoalkan status kerakyatan sebenar individu yang memegang telefon pintar beserta lighting tersebut. Malah, ketika ditanya, individu berkenaan turut mengaku bahawa dia beragama Islam.

Ramai juga yang meminta agar pihak berkuasa tempatan untuk mengambil serius permasalahan ini kerana ia dikatakan boleh mancalarkan imej Malaysia.

cats 6

Sebagai info, individu yang menawarkan servis ini biasanya menyasarkan pelancong dari luar negara dan meletakkan cas sekeping gambar dengan harga RM 5 ke RM 15.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.