Satu video kini tengah tular apabila ada seorang chef dari Abu Dhabi menunjukkan satu resepi yang telah menimbulkan keraguan umat Islam dari Malaysia.
Chef tersebut, @chef_emirati membuat satu video masakan yang dikenali sebagai ‘Siput Bakal, Cara Perancis”, dalam masa sehari video tersebut tular sehingga meraih 8.4 juta tontonan dalam sehari.
Halal ke? – Netizen
https://www.tiktok.com/@emirati_chef/video/7185833646647954690?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Memandangkan video tersebut mendapat jumlah tontonan yang amat memberangsangkan, ia sudah semestinya mendapat perhatian netizen di Malaysia. Jika diperhatikan, dapat dilihat chef itu menggunakan Siput Babi sebagai menu utama masakan itu.
Oleh sebab itu, ia menimbulkan persoalan terhadap umat Islam di Malaysia mengenai status halal pada menu utama masakan itu.
Perkongsian tersebut tular sehingga ke Twitter dan ada netizen bertanyakan soalan ini kepada bekas Menteri Agama Malaysia, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai hal ini. Persoalan itu sampai ke perhatiannya, beliau tampil memberikan respon.
Beliau menjawab, umat islam yang mengikut Mazhab Syafie (seperti di Malaysia) menyatakan bahawa ianya adalah haram, tetapi siput sedut tak menjadi haram kerana ia haiwan satu alam. Jadi, berkenaan dengan video ini, beliau anggap bahawa chef tersebut mengikut Mazhab Maliki.
Saya pernah jawab sebelum ini di @maktabahab.
Mazhab Syafie mengharamkan siput babi. Siput sedut halal kerana ia haiwan air, termasuk dalam firman Allah Surah al-Maidah : 96.
Saya beranggapan beliau mazhab Maliki.
🔗 https://t.co/qlwYMc4K5x https://t.co/qqiYe1FZ0v
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) January 8, 2023
Hurm, persoalan pun dah terjawab, jadi tak perlu lah kita nak terus pertikaikan hal ini lagi.
Baca : “Dah nak habis baru perasan” – [VIDEO] Wanita Jumpa Siput Babi Kecil Masa Tengah Makan Vietnam Roll!