Seperti yang kita dapat lihat semalam, banyak tokoh-tokoh politik hadir ke Masjid Negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Malaysia Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada 14 April lepas tanpa sebarang sentimen politik.
Antara individu yang hadir adalah Perdana Menteri Malaysia Keenam iaitu Datuk Seri Najib Razak dan seprerti yang ramai tahu, beliau kini sedang menjalani hukuman penjara dan disebabkan itu, lawatan tersebut diiringi oleh beberapa pegawai dari penjara.
Artikel berkaitan : Orang Awam Boleh Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tun Abdullah Di Masjid Negara, Ini Kod Pakaian Bagi Pelawat
Artikel berkaitan : Jenazah Tun Abdullah Selamat Disemadikan Di Makam Pahlawan
Namun seorang individu yang dikenali sebagai Mohd Faisal ini telah mempersoalkan tindakan Jabatan Penjara yang dianggap melebih-lebih ketika mengiringi bekas PM tersebut.
Di dalam sebuah video yang viral, seorang pegawai penjara dipercayai telah menarik lengan bekas PM itu ketika dia sedang bersalaman dengan mereka yang berada di majlis Istiadat Pengebumian tersebut.
@mhdfrhnmkhtrr Terubat Rindu Rakyat Terhadap Datuk Seri Najib 🥹DS Najib turut serta memberikan penghormatan terakhir buat bekas Perdana Menteri Kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi #alfatihah #najibrazak #fypage
Menurut Mohd Faisal, DS Najib bukanlah orang yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan kepada orang ramai atau negara dan beliau tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu.
“Dari awal beliau disiasat, beliau sentiasa beri kerjasama kepada mana-mana pihak berkuasa. Beliau sangat berdisiplin dan sentiasa ikut peraturan.”
“Sepanjang beliau disiasat, dibicarakan dan setelah hukuman dijatuhkan, beliau tidak menimbulkan masalah kepada pihak berkuasa. Apatah lagi cubaan melarikan diri.”
Dia yang turut hadir ketika Istiadat Pengebumian Negara semalam tidak dapat menahan air mata apabila melihat jenazah Tun Abdullah. Sebagai individu yang pernah bekerja dengan dengan DS Najib dahulu, Mohd Faisal tahu betapa sayangnya DS Najib terhadap Tun Abdullah.
“Saya sedih melihat sikap Jabatan Penjara ketika mengiringi DSN di Masjid Negara semalam. Saya tahu kita ada undang-undang. Tapi ada ketika undang-undang boleh dipertimbangkan melalui budi bicara.”
“Tindakan Jabatan Penjara semalam mengaibkan DSN di depan orang ramai, termasuk di kalangan pelawat asing. Bekas PM Singapura berada di sana juga semalam. Itu belum kira lagi Duta2 dan perwakilan negara asing.”
Boleh baca selanjutnya di bawah ini….
Faisal turut menegur agar pihak Jabatan Penjara tidak perlu mengaibkan DS Najib dengan menarik tangan beliau dalam upacara sebegitu dan melayan beliau dengan buruk sekali seperti beliau tiada jasa pada negara.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen anggap bahawa tindakan pegawai yang bertugas itu tidak keterlaluan kerana mereka hanya melakukan kerja mereka dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Selagi tiada kekasaran yang terjadi, mungkin tiada apa-apa yang perlu dirisaukan, apa pandangan korang?
Sumber : Facebook