Biasanya dalam pengalaman kita sendiri ketika menempah tempat tidur seperti di hotel atau Airbnb, sudah tentu kita mahukan bilik dengan permandangan yang cantik di luar, kan?
Pengalaman ini juga yang ingin dirasai oleh seorang pengguna Tiktok bernama Desiree Baker, namun sayangnya penginapannya di sebuah bilik Airbnb di bandar New York tidaklah seperti yang diimpikan.
Melalui klip Tiktok yang tular baru-baru ini, wanita ini berkongsikan cerita di mana bilik hotel yang disewanya melalui Airbnb berada di dalam sebuah restoran. Ya, restoran!
Menurutnya, bilik yang diiklankan oleh pemilik ruang itu tidaklah seperti apa yang diterimanya, di mana pada gambar asalnya menunjukkan bilik itu mempunyai ‘view‘ bandar Manhattan yang cantik. Ini tidak, bukak tingkap je terus nampak orang tengah dating!
Macam mana benda ni boleh dibenarkan? Perkara ini bukan boleh dibuat-buat. Saya sampaikan boleh buka tingkap bilik dan sentuh meja restoran itu.”
Meskipun ia merupakan pengalaman yang aneh kepada wanita tersebut, namun dia dilihat menggunakan momen itu sebagai content unik kepada laman Tiktok miliknya.
Desiree juga berkunjung ke restoran itu sambil bertanya kepada orang di sebalik tingkap (juga pelanggan kepada hotel tersebut) jika mereka mahukan minuman.
Pemilik bangunan tampil beri penjelasan
Mengulas isu tersebut, Yulia Letenko dalam satu kenyataan di Daily Dot berkata bahawa bangunan tersebut, iaitu Outpost Club mempunyai pelan tingkat yang ganjil seperti kebanyakkan bangunan di bandar New York.
Bilik-bilik ini ditawarkan pada harga diskaun. Tetamu juga dimaklumkan lebih awal tentang restoran, dan kami membenarkan tetamu yang menginap di bilik tersebut untuk berpindah sebaik sahaja bilik lain tersedia.
Ramai tetamu yang menginap di bilik kami menghargai pilihan diskaun yang tersedia berhampiran destinasi pelancongan yang popular,” kata Yulia
Tambahnya lagi, hanya 6 daripada 86 bilik mereka mempunyai ‘permandangan’ itu dan tetamu hanya diletakkan di bilik tersebut apabila bilik lain penuh atau atas permintaan pelanggan sendiri.
Dalam kes ini, sudah tentunya individu yang mengiklankan bilik tersebut kepada Airbnb membuat pengiklanan yang salah dan menyebabkan wanita tersebut keliru.
“Buka tingkap je kalau nak mintak lada” – Netizen
Rata-rata netizen di ruangan komen meminta wanita itu untuk meminta wang pulangan kerana memaparkan iklan palsu. Ada juga yang berseloroh, mengatakan wanita itu beruntung kerana hanya perlu ‘berjalan kaki’ untuk ke kedai makan.
Kalau korang pulak macam mana? Macam best jugak kan bukak-bukak tingkap je terus sampai restoran?