Berdasarkan sejarah, Amerika Syarikat memiliki antara kes pembunuhan terbanyak pernah direkodkan. Nama-nama seperti Ted Bundy, Jeffry Dahmer, Harold Shipman, Pedro Lopez dan ramai lagi, muncul ekoran kegiatan gila siri pembunuhan mereka yang merentap nyawa puluhan mangsa yang tidak berdosa.
Ekoran itu, hukuman mati pastinya akan menanti mereka sebaik ditangkap dan dibicarakan di mahkamah. Status pembunuh bersiri ini telah menjadikan hukuman mereka yang paling dinanti-nantikan oleh semua yang mengharapkan keadilan saksama dan menjadi pengajaran buat yang lain.
Lobak Merah kali ini menyenaraikan 10 kata-kata terakhir pembunuh popular dan ia pastinya membuatkan korang confirmed naik bulu roma!
Ted Bundy
Ted Bundy merupakan pembunuh bersiri yang aktif dan namanya sangat digeruni oleh semua sekitar tahun 1970-an. Bundy telah mengaku membunuh lebih daripada 30 wanita muda.
Dia memperdaya mangsanya dengan daya tarikan dan rupa paras yang tampan. Sebelum dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1989, dia berkata, “I’d like you to give my love to my family and friends” iaitu “Saya ingin menyampaikan kasih dan sayang saya buat semua keluarga dan rakan-rakan”.
Artikel berkaitan : Zodiac Killer, Jack The Ripper dan Pembunuh Bersiri Popular Lain Yang Tak Pernah Kena Tangkap
Artikel berkaitan : Kara Robinson: Kes Remaja Berjaya Lari Lepas Diculik Pembunuh Bersiri Tolong Polis Bongkar 3 Pembunuhan Lain!
John Wayne Gacy (The Killer Clown)
Gacy atau terkenal dengan gelaran The Killer Clown asalnya merupakan seorang kontraktor yang berpangkalan di Chicago, Amerika Syarikat. Gacy juga aktif dalam bidang politik dan pernah menjadi badut di majlis-majlis khas mahupun majlis hari jadi.
Dia disabitkan kesalahan membunuh 33 lelaki dan budak lelaki pada tahun 1970-an. Ekoran karakternya yang disifatkan mesra dan sentiasa tersenyum, dia mudah memperdaya kesemua mangsa ke rumahnya dan membunuh mereka. Sebelum dihukum mati pada tahun 1994, dia ada menyebut, “Kiss my ass.”
Aileen Wuornos
Aileen adalah seorang pekerja seks yang diberkas sebaik didakwa membunuh tujuh lelaki di Florida antara tahun 1989 dan 1990. Aileen mendakwa bahawa dia membunuh lelaki-lelaki tersebut yang juga pelanggannya kerana merasakan nyawa terancam setelah dia diserang dan diperkosa.
Menurut pengakuan Aileen, dia membunuh sebagai tindakan mempertahankan diri. Dia merompak sebelum membunuh mangsa dengan cara menembak. Dihukum mati pada tahun 2002, dia menyatakan, “I’d just like to say I’m sailing with the rock, and I’ll be back like Independence Day with Jesus.”
Gary Gilmore
Dikenakan hukuman mati untuk dua pembunuhan di Utah pada tahun 1976, Gilmore menjadi orang pertama yang dihukum mati setelah hukuman itu dimansuhkan sebelumnya. Dia tidak menolak atau mempertahankan diri sebaik hukuman mati dijatuhkan.
Sebelum dihukum mati oleh pasukan tembak pada tahun 1977, dia berkata “Let’s do it,” atau jom lakukannya! ungkapan itu menjadi terkenal kerana ia mencerminkan sikapnya yang tidak menunjukkan penyesalan terhadap perbuatannya.
Ronnie Lee Gardner
Gardner disabitkan kesalahan kerana membunuh semasa rompakan di Utah pada tahun 1985. Kejadian rompakan itu telah mengakibatkan kematian seorang pengawal keselamatan, namun ia bukanlah perlakuan jenayah yang menyebabkan dia dijatuhkan hukuman mati.
Pada tahun 1984, dia juga didapati bersalah dalam satu kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan kematian seorang peguam, Michael Burdell. Gardner merupakan antara banduan terakhir dihukum mati melalui tembakan di Utah pada tahun 2010.
Sebelum hukuman dijalankan dia berkata, “I’d like to be buried in a nice suit” atau saya ingin dikebumikan dengan sut yang cantik.
Robert Charles Browne
Robert Charles Browne didakwa terlibat dalam pembunuhan sekurang-kurangnya 11 orang, tetapi dia hanya didakwa secara rasmi untuk satu pembunuhan ketika dia ditangkap. Mangsa-mangsa pembunuhannya termasuk lelaki dan wanita, dan kebanyakannya berlaku di sekitar Colorado, Amerika Syarikat pada 1980-an dan 1990-an.
Dia dihukum mati di Colorado pada tahun 2019, dengan mengungkapkan penyesalan, “I’m sorry for what I did” atau saya minta maaf atas perlakuan saya.
James Lee Beathard
Beathard diberkas selepas disabitkan kesalahan membunuh pada tahun 1984 di Texas, Amerika Syarikat. Semasa perbicaraan, Beathard mengaku dia bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu, namun memberi alasan yang tindakannya adalah akibat tekanan dan pengaruh persekitaran yang mempengaruhi keputusannya.
Kes ini menimbulkan perdebatan kewajaran hukuman mati yang dijalankan kepada seseorang yang menghidap masalah sosial dan psikologi. Beathard akhirnya dijatuhi hukuman mati melalui suntikan pada tahun 2005 di Penjara Negeri Alabama, selepas berjuang dalam beberapa rayuan untuk mengelakkan hukuman mati.
Kata terakhirnya adalah, “I am an innocent man” atau saya tidak bersalah.
Richard Ramirez
Dikenali sebagai “The Night Stalker” , Ramirez mengganas di California Selatan dengan siri pembunuhan pada tahun 1980-an. Dia mendapat gelaran itu kerana sering melakukan serangan pada waktu malam di mana dia akan memasuki rumah mangsa yang sedang tidur dan melakukan serangan yang sangat kejam.
Pada tahun 1989, dia dijatuhkan hukuman mati namun tidak sempat dilaksanakan kerana 23 tahun kemudian, Ramirez meninggal dunia akibat kanser pada usia 53 tahun di dalam penjara. Sebelum kematiannya, dia dilaporkan berkata “I’ll be back” atau saya akan kembali.
Louis Jones Jr.
Louis Jones merupakan bekas tentera Amerika Syarikat yang disabitkan dengan kes penculikan, rogo, dan bunuh seorang gadis yang juga tentera berusia 18 tahun pada tahun 1984.
Kes pembunuhan itu kekurangan bukti sehingga menyebabkan pihak berkuasa melancarkan penyiasatan yang panjang. Walaupun ada beberapa petunjuk, penangkapan Jones tidak berlaku serta-merta.
Namun, pada tahun 1995, satu DNA yang jelas telah ditemui yang membawa kepada penangkapannya. Jones dihukum mati pada tahun 2008 dan dia hanya berkata, “I am ready” atau saya sudah bersedia.
Joseph Paul Franklin
Joseph Franklin dilaporkan terlibat dalam lebih daripada 20 pembunuhan sepanjang tahun 1970-an dan 1980-an. Dia menjadikan pembunuhan dan keganasan sebagai cara untuk menegakkan pandangannya terhadap kaum yang dilihatnya sebagai musuh.
Kes yang melibatkan Joseph sering kali tidak dapat diselesaikan kerana dia sering berpindah dan menggunakan pelbagai identiti palsu. Dia biasanya memilih pasangan yang sedang duduk di dalam kereta, terutamanya pasangan kulit putih dan kulit hitam, dan menembak mereka tanpa amaran.
Franklin dihukum mati pada tahun 2013. Kata terakhirnya adalah,“I have no last words” atau tiada perkataan terakhir dari saya.
Seramkan baca? Apa-apa pun jenayah membawa padah!
Sumber: People.com