in

Ikhlas Bantu Pesakit, ‘Guard’ Hospital Dapat Anugerah Daripada YDPA

guard 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berkat keikhlasan dan kesungguhan seorang wanita yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dia telah tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 19 Disember ini.

Menurut Sinar Harian, wanita bernama R Yogeswary berkata penghargaan tersebut adalah pengiktirafan tertinggi pernah diterima sejak lebih empat tahun bertugas sebagai pengawal keselamatan.


Tolong pengunjung dapatkan parkir

Dalam Facebook miliknya, dia juga berkongsi surat rasmi yang diterima dari Istana Negara dan menceritakan kisahnya bertugas di beberapa unit di hospital itu.

Sebelum ini, dia bertugas di kompleks wanita dan kanak-kanak di mana dia banyak membantu memudahkan pengunjung mendapatkan parkir dan sekarang dia bertugas di unit rawatan harian untuk pesakit warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) sejak enam bulan lalu.

Masalah hospital ini apabila susah nak dapatkan parkir, jadi apa saya buat hanya bantu urusan mereka, bawakan barang dan dapatkan tempat letak kenderaan yang mudah dan dekat. Itu sahaja.

Artikel berkaitan: Tular Video ‘Raja Bahrain’ Diiringi Bodyguard Ala Robocop, Rupanya Ini Kisah Sebenar..

Artikel berkaitan: Tular Video ‘Pak Guard’ Larang Wanita Berseluar Pendek Masuk Hospital, Ini Respon HTAA

Ingin memakai baju kebaya

Dia gembira kerana mendapat sokongan daripada orang ramai selama ini dan masih rasa gementar untuk menerima anugerah itu. Dia juga berhasrat untuk memakai baju kebaya semasa istiadat nanti.

Saya masih gementar, belum ada persiapan lagi tetapi saya teringin nak pakai baju kebaya. Mungkin dalam dua atau tiga hari lagi saya cari baju kebaya yang bersesuaian.

Sebelum ini, tular di media sosial Yogeswary membantu para pengunjung di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh sehingga mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Sumber: Facebook, Sinar Harian 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.